Hai hai hai , assalamualaikum semua. Malam ni Kak Es terus update berita terkini kenapa Kak Es senyap seketika. Bukan apa biasanya masa hujung minggulah kebiasaannya baru kami sertai pelbagai latihan yang dianjurkan oleh diri sendiri ataupun mentor mahupun syarikat.
Tapi nak beritahu bulan ini Kak Es mempunyai jadual sangat padat. Hari ini sahaja berpeluang menghadiri kelas yang dianjurkan oleh mentor kami sendiri suami isteri iaitu Master Norita Idris dan Master Naquib Hussain. Mereka ni dah berada di dalam Shaklee pun hampir 20 tahun sebagai pengguna.
Tanya apa sajalah berkaitan Shaklee, semua produk mereka dah rasa kesannya. Malah mereka amalkan sehingga sekarang dan kini mempunyai 3 generasi makan Shaklee. Bermula dengan ayah mak mereka sendiri, generasi ke dua pula mereka sendiri dan lepas itu sekarang anak anak mereka.
Nampak tak apa bezanya Shaklee ni. Jadi kami berada di kelas pagi tadi pun, penuh dengan aura dan penuh semangat. Setiap kelas yang diberikan pasti mempunyai ilmu yang baru. Tetapi kali ini lain dari yang lain. Siapa yang tak datang masa kali ini saya boleh katakan rugi yang teramat rugi.
Saya boleh berikan rating 5 bintang untuk organiser sebab kelas seperti inilah yang kami perlukan sangat sangat yang mana belajar tentang personaliti manusia melalu 4 warna. Selama ini apabila nak berhubung dengan manusia , pasti akan mengalami kesukaran. Tapi percayalah, lepas saya hadir kelas pagi tadi, ia membuka minda saya dan memberikan saya jalan dan ruang untuk saya re-organise organisasi besar kami.
Saya, Kak Es merupakan Founder Dermawand Shaklee yang mempunyai rangkaian terbesar di Labuan, dan juga punya rangkaian, Sabah, Sarawak serta Semenanjung. Tapi tahukah anda dengan cabaran yang kami lalui masa kini, bukan mudah untuk kita “deal” dengan manusia bukan?
Tidak kiralah dari segi cara kami berhubung dengan rakan perniagaan kami mahupun pelanggan kami.Alhamdulillah dengan ilmu yang kami perolehi hari ini, inilah cara yang terbaik untuk kami perbetulkan di mana kelemahan kami dan yang pastinya inshaAllah organisasi kami akan terus berkembang. Saya sangat yakin.
Terima kasih mentor kami yang sentiasa tidak pernah putus putus memberikan ilmu pengetahuan kepada kami terutamanya mempersiapkan kami di dalam menjadi Leader yang lebih komited serta berwibawa di dalam organisasi kami.
Jom kita layan gambar sepanjang kelas hari ini.
Kelas penuh dan walaupun di kala ni ada yang punya anak kecil, tapi bukan penghalang untuk terus stay fokus tau.
Itulah seperti yang selalu saya perkatakan, di dalam sebuah perniagaan jika kita tidak tahu atau pandai pun, kita tetap diberikan latihan dan personal coaching yang berterusan. MLM merupakan perniagaan Multi Level Marketing iaitu melibatkan rangkaian sesama manusia, perlukan sentuhan antara satu sama lain untuk pastikan perniagaan kita terus berkembang.
Jadi jika anda semua di luar sana masih rasa takut untuk sertai mana mana perniagaan MLM terutamanya MLM Shaklee, pada saya tiada yang perlu anda gusarkan. Kami sentiasa berikan sokongan padu antara satu sama lain dan pastikan setiap impian anda akan tercapai mengikut kehendak dan cita cita yang anda impikan.
Syarikat Shaklee merupakan sebuah syarikat yang sudah lama bertahan di persada industri dunia sejak tahun 1956 lagi. Dengan keutuhan syarikat Shaklee ini, inshaAllah anda pasti mampu bertahan di dalam perniagaan Shaklee dan yang pastinya anda mungkin seronok apabila anda semua nikmati hasilnya nanti.
Berminat untuk tahu lebih lanjut lagi berkaitan dengan perniagaan kami?
Boleh direct hubungi Kak Es www.wassap.my/60176477837
InshaAllah Kak Es bantu di dalam berikan penjelasan kepada anda semua.
Leave a Reply