Makanan bergoreng dan air manis memang sedap. Bukan orang Malaysia saja suka makanan bergoreng dan air manis ni. Masa saya bekerja di Arab Saudi, orang di sana pun suka juga. Dan jangan tak tahu, orang di US pun sama.
Tapi, sama-sama kita beringat ya.
Orang yang banyak mengambil makanan bergoreng dan minuman bergula berisiko sangat tinggi.
Risiko apa?
Ha. Berisiko 56% mengalami penyakit jantung berbanding orang yang makan secara sihat.
Ini menurut kajian disiarkan dalam sebuah jurnal American Heart Association.
Bukan kajian kosong ya. Tapi berdasarkan kajian 6 tahun ke atas 17,000 warga Amerika.
Pengkaji dapati mereka yang selalu ambil makanan bergoreng, telur, daging diproses dan air tinggi kandungan gula adalah berisiko tinggi mengalami serangan jantung. Dan juga sakit berkaitan jantung.
Ini tidak kira samada laki atau perempuan. Atau apa juga kaum. Atau juga di mana anda tinggal.
Bagaimana kajian ini dijalankan?
Kajian ini mengambil sampel dari 17,000 laki dan perempuan. Berketurunan kulit putih dan juga African-Amerika. Dan mereka ini tidak mempunyai penyakit jantung ketika kajian mula-mula dijalankan.
Setiap 6 bulan, para pengkaji akan menemuramah status kesihatan kumpulan ini. Termasuklah rekod perubatan hospital mereka. Dan ianya dilakukan secara berterusan selama 6 tahun.
Jadi, macam mana anda boleh mengurangkan risiko ini?
Kajian ini mencadangkan anda kurangkan pengambilan makanan bergoreng atau daging diproses. Sebagai permulaan, daripada setiap hari kepada tiga hari sekali setiap minggu.
P/S: Di Shaklee, terdapat set produk yang dapat memelihara kesihatan jantung kita. Phytocol, Omega Guardn, Coq Health dan Vivix.
Set Kolestrol Shaklee ini membantu kesihatan jantung anda melalui 4 langkah.
Phytocol membantu menghalang pembentukan kolestrol “jahat”. Omega Guard membantu menurunkan tahap kolestrol dalam badan. Coq Health membantu menguatkan daya fungsi jantung. Dan Vivix membantu melindungi jantung daripada serangan.
Anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Phytocol, Omega Guard, COQ Health dan Vivix?
Sila hubungi saya;
Puan Siti Aisah Mohd Ibrahim
0176477837
Samada melalui panggilan, SMS, Whatsapp atau Telegram. Saya akan setia melayani persoalan anda.
Sumber asal artikel:
http://www.star2.com/food/food-news/2015/08/17/more-evidence-that-fried-food-raises-heart-attack-risk/
Leave a Reply