Sebenarnya ramai yang putus asa, senaman pun sudah, diet berabis pun sudah, ada yang diet sampai tidak mahu makan nasi berhari hari, diet atkin pun ye sehingga bila berhenti berat pun naik balik semula, dan makan segala produk kurus tapi tanya saya balik, sis kenapa saya tak kurus kurus pun sis.
Jadi rahsia nya…
.
.
.
.
.
Bagaimana portion plate anda?
Nasi dua tiga sudu makan?
Sayur satu sudu pun tak sampai?
Protein dari terlalu berminyak sudah.
Jadi sebenarnya saya nak kongsikan tips bagaimana kita nak jaga hidangan seharian kita.
Bukan saya tak makan ye, saya tak pernah potong pengambilan pemakanan saya segala. Tapi saya betul betul jaga pengambilan makanan itu.
Pastikan pinggan anda nasi tu 1/4 plate atau segenggam nasi sahaja, protein tak kiralah ayam ke, daging ke ikan ke, sebaiknya ambil la protein mudah dicerna tapi kekadang muak juga ambil ayam ikan je kan.
Protein tu pun 1/4 suku pinggan
Dan selebihnya setengah pinggan adalah sayur sayuran.
InshaAllah sharekan semoga ia dapat berikan manfaat anda semua kepada gaya hidup sihat
Pertama kali itu agak susah itu biasa. Tapi jika kita amalkan inshaAllah ianya akan mudah dan menjadi kebiasaan harian kita. Mari kak es nak cerita lebih ringkas lagi tentang saiz sajian kita.
Apakah saiz sajian?
Saiz sajian ialah jumlah makanan yang dimakan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.
Apakah yang membentuk sajian?
Jenis Makanan | Satu Sajian |
Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian |
|
Sayur-sayuran |
|
Buah-buahan |
|
Susu dan Produk Tenusu |
|
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang |
|
Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia
Saya harap dengan informasi di atas dapat memberikan maklumat yang lebih berguna kepada kita semua. Ingatlah, diet tu jangan la sampai mahu menyeksa badan. Makan itu adalah asasi keperluan hidup. Tapi ada caranya bagaimana kita nak mengawal cara pemakanan yang sihat dan betul.
Pengambilan makanan tambahan juga ia sangat membantu untuk mendapatkan kesan lebih optimum dan badan yang lebih sihat.
Jika anda ingin mendapatkan sebarang konsultasi berkaitan dengan pengambilan makanan tambahan dan tips gaya hidup sihat?
Boleh hubungi saya melalui talian
0176477837
Siti Aisah Mohd Ibrahim
Bekas Jururawat Pengalaman Lebih 10 tahun
Leave a Reply