BERTUNGKU (AMALAN UTAMA BERPANTANG)
Amalan bertungku adalah asas kepada amalan berpantang secara tradisional yang dilaksanakan oleh masyarakat Melayu. Namun kini, semakin ramai yang mencuba amalan ini ekoran daripada kebaikannya yang diakui kepada ibu selepas bersalin.
.
.
Wajarkah amalan bertungku ini diteruskan dan masih relevan?
.
.
Jawapan saya sebagai seorang terapis berpengalaman bukan sahaja di dalam bidang tradisional malah dari segi perspektif perubatan, ya ia masih relevan dan bagus diamalkan terutamanya kepada wanita selepas bersalin.
.
.
Bertungku kebiasaannya dilakukan sebelum ibu memakai bengkung malah amatlah sesuai di buat selepas sesi urutan. Amalan tungku ni boleh di buat pada bila bila masa sahaja, tidak semestinya spesiik di pagi hari, ia amatlah sesuai di buat mengikut kesesuaian ibu bersalin iaitu ketika ibu berehat, ketika bayi sedang tidur dan si ibu barulah boleh melakukannya.
.
.
Kenapa ia amat disarankan sebelah pagi? Kerana selepas si ibu itu membersihkan diri, maka sangat nyaman apabila bertungku, ia boleh membuatkan badan kita rasa suam apabila bertungku dan tungku ini bukan sahaja boleh di buat hanya dibahagian perut sahaja.
.
.
Amalan bertungku ini juga dilakukan sama ada menggunakan seketul batu sungai atau alat tungku yang memang banyak di pasaran. Tidak kira sama ada anda menggunakan tungku biasa atau tungku berherba, kelebihannya tetap sama kepada wanita yang mengamalkan.
.
.
Salah satu kebaikan bertungku adalah mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Ia boleh mengelakkan daripada berlakunya darah beku dan proses pengecutan rahim itu lebih mudah. Kita tahu rahim akan kecut semula secara semulajadinya tetapi bila bertungku proses tempoh pengecutan lebih mudah.
.
.
Bertungku juga boleh di buat seluruh badan kita kerana ia membantu mengurangkan sakit urat, lenguh ketika bersalin terutamanya. Jadi terapis kebiasaanya akan datang bertungku kan ibu ibu keseluruh badan dan ibu bersalin akan lebih segar dan nyaman. Tidaklah rasa terlalu lenguh seperti orang yang selepas bersalin. Dan ia juga bantu untuk memecahkan lemak dan mengembalikan bentuk badan asal. Yang penting haruslah RAJIN DAN KONSISTEN.
.
.
Sebab itu tungku ini bagus diamalkan dan ia sangatlah relevan lagi di abad kini.
Leave a Reply