Ini cerita Ahad lepas (13 September 2015). Kami menghadiri majlis Master Coordinator Celebration Shaklee. Bertempat di Hotel Istana. Sebuah hotel 5 bintang di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Teruja betul. Sebab mahu meraikan mentor kami. Master Haji Hussain dan Hajah Salwa. Kerana kejayaan mereka mencapai ranking Master Coordinator di dalam Shaklee.
Juga kerana ingin membalas kunjungan mereka ketika majlis Master Coordinator Celebration saya dan suami di Hotel Grand Dorsett Labuan pada bulan Ramadhan lepas.
Acara dimulakan dengan Master Parade. Iaitu perarakan masuk Master-Master di bawah mereka. Saya dan suami pun ikut sama. Memang best. Terimbau pula kenangan majlis Master Coordinator Celebration kami dulu.
Kemudian, Vice President Shaklee Malaysia, Kelmen Ooi memberi ucapan pembukaan.
Ucapannya ringkas. Tapi padat dengan hikmat.
Antara isi ucapan beliau adalah;
– Kehidupan manusia adalah dipandu oleh pilihan diri kita sendiri.
– Manusia boleh memilih samada untuk meneruskan kehidupan. Atau memilih untuk menikmati kehidupan.
– Ada manusia memilih untuk memberi alasan. Dan selalunya alasan inilah yang membawa kepada kegagalan.
– Ada manusia memilih untuk memberi usaha pengorbanan. Dan selalunya usaha pengorbanan inilah yang membawa kepada kejayaan.
– Shaklee adalah bisnes untuk semua. Tidak kira umur. Samada tua atau muda. Master Hajah Salwa dan Master Haji Hussain menyertai Shaklee selepas bersara. Dan mereka berjaya. Jadi, tiada alasan bagi mereka berusia muda dan punya banyak tenaga untuk tidak berusaha dan berjaya.
Selepas itu, Master Haji Roslan pula mengambil pentas. Menceritakan perjalanan panjang antara dia dan Master Haji Hussain di dalam Shaklee. Hubungan mereka di dalam Shaklee sudah berusia 17 tahun.
Ya, Master Hajah Salwa dan Master Haji Hussain menceburi Shaklee sejak tahun 1998. Saya masa tu masih di sekolah lagi.
Master Haji Roslan menjelaskan mereka berdua rajin membaca. Juga mempunyai daya ingin belajar yang tinggi. Ditambah pula dengan setia bersama Shaklee berbelas tahun.
Akhirnya sampailah ke acara kemuncak. Penganugerahan sijil penghargaan Shaklee. Serta pin Master Coordinator kepada kedua-dua mereka oleh Kalmen Ooi.
Dan macam biasalah. Mereka perlu memberi ucapan kepada hadirin.
Banyak perkara yang dikongsikan. Antaranya, pengalaman mereka bersama Shaklee sejak tahun 1998 lagi.
Fuh, zaman ketika Malaysia dilanda kegawatan ekonomi yang dahsyat tu.
Mereka mencapai tangga tertinggi di dalam Shaklee setelah 14 tahun berkecimpung. Itulah habuan untuk mereka yang bertahan menghadapi turun naik perniagaan.
Antara tips kejayaan yang dikongsikan mereka adalah:
– Mereka sedia belajar dan diajar. Walaupun perlu bermula dari bawah. Walaupun mereka sudah punya banyak pengalaman hidup.
– Mereka juga tidak mengeluh dan beralasan di atas setiap halangan yang mendatang. Malah menganggapnya sebagai satu ujian sebelum mendapatkan kejayaan.
– Mereka juga menjauhkan diri dari membanding-bandingkan hasil diri dengan hasil orang lain. Jadi, mereka boleh fokus dan komited terhadap usaha sendiri.
– Mereka juga setia bersama Shaklee. Menganggap perjalanan bersama Shaklee umpama sebuah pokok. Yang mana jika ditanam hari ini, kita tidak boleh anggap esok terus berbuah. Malah mesti sabar untuk menyiram dan membajainya setiap hari. Sehinggalah ia membuahkan hasil.
Terasa kecil bila bandingkan pengalaman saya dengan mereka. Yalah saya baru 4 tahun di dalam Shaklee. Lagi kecil bila mereka berdua memberitahu, bahawa mereka pernah berjumpa ahli Shaklee dari US yang sudah berkecimpung dalam bidang ini selama 40 tahun.
Nampaknya perjalanan saya masih jauh. Banyak lagi yang perlu dilakukan.
Bukan saja untuk diri saya. Tetapi juga seluruh organisasi saya, Shaklee Dermawand.
Jangan takut untuk memasang sebuah impian yang besar. Kerana tiada orang lain boleh merampas impian itu dari anda.
Buat rakan bisnes saya di dalam Shaklee Dermawand;
Jia you!!!
Anda percaya anda berjaya.
Together for a better future.
Saya teruja membaca blog anda dan menanam azam untuk turut serta seperti anda dan masters haji Hussain & pasangan.Teruskan bersama Shaklee kerana menanam hari ini untuk generasi Group Dermawand pada masa akan datang!
Jia You!!!!