Bila sebut Italy, ramai tergambar menara condong Pisa. Collosseum. Venice. Pompeii. Florence. Dan juga kota fesyen Milan yang menempatkan pelbagai jenama terkenal. Seperti Prada, Gucci, Armani dan Dolce & Gabbana.
Menara Condong Pisa
Nice View Bagi Seluruh Florence Town
Colosseum, Rome
The Castle of Milan
The Castle of Milan
Bandar Milan
Memang ramai antara kita merancang melawat Italy. Untuk melihat dengan mata sendiri akan kecantikan Italy. Ya, Italy memang cantik. Sehingga ada orang melawak, kalau salah “angle” dalam mengambil gambar di Italy, gambar tetap jadi cantik.
Tapi tahukah anda, Italy juga mempunyai sisi gelap.
Train di Terminal Florence
Baru-baru ini, saya mengikuti trip insentif Shaklee ke Italy. Italy merupakan sebuah negara termaju di Eropah. Ramai antara kita berfikir. Bila negara maju, mesti lebih selamat dari Malaysia.
Tapi hakikatnya tidak. Semenjak krisis ekonomi melanda Italy sekitar 2008, banyak kes jenayah berlaku ke atas para pelancong.
Link Berkaitan:
Kenapa Shaklee Pasarannya Unik
Sekiranya anda merancang untuk melancong ke Italy, sila baca tips keselamatan ini. Khususnya bagi mereka yang “backpackers”. Supaya harta benda anda seperti wang dan passport selamat. Sebahagian tips juga ini dikongsi oleh “tour agent” kami semasa di sana.
Pertama. Penyeluk saku berleluasa di kawasan yang ramai orang bersesak. Seperti di stesen keretapi. Pusat beli belah. Dan juga tempat tarikan pelancong. Jangan terkejut, penyeluk saku juga sanggup bayar “entrance fee” Collousseum untuk “bekerja” di dalamnya.
Buat kaum lelaki, elakkan meletak dompet dan passport di poket belakang seluar. Terutamanya bagi mereka yang suka pakai jeans.
Sebaiknya letakkan ia di dalam “pouch bag”. Dan “pouch bag” itu pula disisipkan masuk ke dalam bahagian depan baju atau jaket. Kalau tiada “pouch bag”, letakkannya di poket depan jeans anda.
Buat kaum wanita. Ada kes penyeluk saku memotong sisi beg tangan secara senyap-senyap. Dan mereka mengambil barang-barang berharga keluar darinya.
Jalan terbaik adalah adalah gunakan “pouch bag” dan sisipkan ke dalam baju. Kalau tiada, letakkan beg tangan di hadapan anda. Bukan di sisi, atau lagi teruk di belakang badan anda.
Link Berkaitan:
Kenapa Shaklee Perniagaan Pertama
Kedua. Elakkan dari tertayang duit di dalam dompet anda di khalayak ramai. Walaupun di lobi hotel atau ketika berurusan di kedai. Kerana mungkin ada mata yang sedang memerhatikan anda.
Jalan terbaik. Asingkan duit kertas sebelum keluar dari bilik hotel. Terutamanya duit kecil. Letakkannya di dalam poket depan seluar. Ini memudahkan anda ketika membeli cenderahati seperti “key chain” dan “fridge magnet”. Jadi, tak perlulah anda keluarkan wang dari dompet anda.
Ketiga. Jangan tinggalkan sebarang barangan berharga di dalam bilik hotel. Atau juga barang “branded” yang baru saja anda beli di sana. Samada di atas katil atau meja.
Mengikut cerita dari “tour agent” kami, memang ada kes barang sebegini hilang. Sebaiknya bawalah barang itu keluar bersama-sama.
Keempat. Kebanyakan bilik hotel mempunyai “minibar” atau peti sejuk. Ada makanan dan minuman di sana.
Jangan terkejut, kalau ada “housekeeper” yang mencuri-curi ambil makanan atau minuman ini. Ia berlaku kepada rakan kami semasa trip ni. Dan ia hanya disedari semasa mereka “check out” dari hotel. Dan mereka dicaj.
Jalan terbaik. Periksa makanan dan minuman tersebut sebelum keluar dari bilik. Sejurus balik ke bilik, buat pemeriksaan sekali lagi. Kalau ada yang kurang, cepat-cepat beritahu pihak hotel.
Ini baik bagi mereka yang duduk di hotel sama untuk bermalam-malam. Supaya anda dapat suarakan isu tersebut secepat mungkin. Bukan semasa kekalutan waktu “check out”.
Kelima. Lobi hotel, cafe hotel dan restoran adalah tempat awam. Ia boleh diakses orang awam. Dan yang tak baiknya, ia juga boleh diakses pencuri.
Ini dikongsi “tour agent” kami. Jadi, elakkan meletak beg tangan, telefon bimbit dan barangan berharga di atas meja.
Pelbagai taktik yang dilakukan mereka untuk mengalihkan perhatian anda. Antaranya dengan membuat bising secara tiba-tiba. Walaupun pandangan atau fikiran anda teralih hanya seketika, mereka sudah boleh mengambil barangan berharga anda.
Keenam. Anda mungkin naik tren dari satu bandar ke satu bandar lain. Dan keretapi mereka dilengkapi suis. Senang bagi anda mengecaj telefon bimbit.
Ia juga dilengkapi dengan ruang meletak beg di atas tempat duduk anda. Macam kapal terbang. Tapi ruangnya adalah terbuka.
Tapi jangan terkejut, ada pencuri di dalam tren. Mereka sanggup membayar tiket. Ini dikira sebagai pelaburan mereka. Supaya dapat pulangan lebih besar dengan cara mencuri di dalam tren. Terutamanya di koc ekonomi.
Jika anda mengecaj telefon bimbit, jangan biarkan ia terdedah pada pandangan orang. Dan sekiranya beg anda mempunyai barang berharga, jangan letakkan ia di ruang letak beg.
Ia boleh dicuri. Lebih-lebih lagi jika anda tertidur. Dan jangan tinggalkan telefon atau beg di kerusi jika anda mahu ke tandas di dalam tren.
Buat yang ingin melancong ke Italy, jangan pandang rendah kecekapan pencuri dan penyeluk saku. Ini hanyalah beberapa taktik dan teknik yang saya boleh kongsi. Mungkin mereka ada banyak teknik lain yang lebih maju.
Buat pengetahuan anda, mereka ini sangat terlatih lagi professional. Dan mereka beroperasi secara sindiket berkumpulan.
Mungkin barang anda baru diseluk beberapa minit sahaja. Tetapi barang itu sudah beratus meter jauhnya “berjalan” meninggalkan anda. Kerana barang anda itu sudah berpindah dari satu tangan ke tangan lain dengan cepat.
Dan jangan terkejut. Mereka telah memerhati pergerakan anda bermula dari lobi hotel lagi.
Jom add saya di:
FB: Siti Aisah Mohd Ibrahim
Instagram: vitamin_mutiara
What’s up it’s me, I am also visiting this site daily, this site is genuinely
pleasant and the visiors are in fact sharing good thoughts.
Yes! Finally someone writes about click here.