Hari ini saya berkenalan dengan seorang Usahawan Berjaya, Labuan.
Dahulu hanya peniaga kecil,seorang pengedar surat khabar. Dia kata “kalau tak mahu nasib macam bapa , kamu kena ikut bapa buat kerja hantar surat khabar sama sama”. Nasihat beliau kepada 5 orang anak nya. Berbangsa Cina dan sudah pun berumur 50-an.Nama nya uncle Teo. Hidup nya semakin susah apabila dia merasakan kehilangan ibunya dahulu. Hidup mereka semakin sempit dengan mengharapkan income mengedar surat khabar rumah ke rumah bersama anak anak beliau.
Perjalanan hidup tetap diteruskan.Dengan modal yang sedikit dari surat khabar itu tadi, dia mula menjual kacang rebus di beberapa tempat pusat hiburan. Katanya ” Isteri saya yang masak sendiri,Beliau memang pakar masak kacang rebus”.Alhamdulillah sehingga lah beliau di temu bual oleh seorang pegawai pertanian di Labuan. Dan akhirnya mendapat modal untuk memulakan perniagaan beliau di dalam dunia Telekomunikasi. Berkat kesabaran dan ketabahan beliau bersama anak anak, kini beliau sudah pun mempunyai 3 cawangan pusat telekomunikasi di bandar Labuan. Dan hidup beliau sudah berubah. Tidak lagi susah seperti dahulu ibarat “Kais pagi makan pagi,Kais petang makan petang”
Beliau berkata di dalam forum keusahawanan tadi, dia berpesan
1. JANGAN MALAS – Dia dah melatih anak anak dia bangun seawal 4 pagi bersama sama mencari sesuap nasi. Dan sekarang anak anak beliau lah yang menguruskan perniagaan beliau.
2. JANGAN BAGI ALASAN TIDAK ADA MASA
3. TEKUN
4. SABAR
5. BERTAHAN
6. SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN MENTOR/ORANG BERJAYA
7. RAJIN MENGHADIRKAN DIRI MANA MANA LATIHAN/SEMINAR YANG DI ANJURKAN
Dia juga sering membawa anak anak beliau menghadiri seminar dan latihan yang berkaitan
8. JANGAN MALU
9. RAJIN “BUKA MULUT”
KENA RAMAH SHARING DAN RAJIN.JIKA TIDAK MACAM MANA NAK ADA SALE
10. WAJIB SEDEKAH.
Saya kagum dengan beliau sebenarnya. Dan tak sangka pagi pagi saya boleh duduk bersarapan dengan beliau sebab saya tak kenal sebelum ini. Semasa forum tadi barulah saya tahu rupanya dia adalah panel yang dijemput khas sebagai usahawan yang berjay
Semoga anak anak shaklee ku seluruh organisasi menjadi iktibar. JIKA KITA PUNYA IMPIAN BESAR, KITA AKAN BERUSAHA PASTI BERJAYA. JUMPA ANDA DI PUNCAK.
Salam Sayang,
Mama Nuha dan Bouchra.
Leave a Reply