Dah tahu kesan, dan kepentingan nutrisi buat seisi keluarga yang Kak Es tulis pada artikel yang lepas, maka sekarang Kak Es ingin kongsikan pula antara nutrien yang sangat penting supaya seisi keluarga bukan sahaja bahagia malah hidup lebih sihat.
Antaranya adalah:
1. Protein
Untuk si ayah sumber protein sangat diperlukan kerana ia membantu tenaga untuk si ayah yang berterusan dan juga berikan kekuatan otot . Protein penting untuk kesihatan prostate bagi si ayah. Kerana ia juga boleh mengelakkan kanser prostate dan pembengkakan prostate. Kalau pembengkakan prostate itu biasanya suami akan mengalami masalah seperti susah nak kencing, sukar nak lawas dan aliran kencing semakin kurang deras.
Untuk si ibu pula protein sangat penting untuk kulit dan rambut yang sihat. Protein juga baik untuk kehamilan yang sihat bagi ibu ibu hamil. Sebab itu ibu hamil bagus ambil protein cukup untuk perkembangan bayi dalam rahim . Bagi ibu menyusu ia membantu di dalam penyusuan bayi.
Untuk si anak pula protein diperlukan untuk pertumbesaran mereka. Menyokong kitaran hormon /haid teratur bagi anak anak remaja.
2. Multivitamin
Membantu untuk kesihatan optimum bagi seisi keluarda. Untuk ibu ibu yang sedang hamil atau bakal ibu pastikan nutrien dalam badan lengkap untuk proses kehamilan lebih berkesan.
Untuk anak pula multivitamin perlu di dalam membantu perkembangan yang normal.
3. Omega 3/ Minyak Ikan.
Penting untuk si ayah yang mana ia membantu dalam melancarkan peredaran darah. Minyak ikan atau Omega 3 ini bertindak sebagai pencuci salur darah terutamanya bagi mereka yang suka makan makanan bergoreng. Bagi mereka yang mengalami masalah sendi pula minyak ikan inilah sangat membantu. Ia berfungsi sebagai pelincir yang bantu dalam pergerakan.
Bagi si ibu pula, omega 3 ini boleh mengelakkan daripada bayi pra matang apabila hamil. Tapi tahu tak Omega 3 bantu elak kemurungan ketika berpantang. Ibu hamil juga bagus untuk ambil Omega 3 untuk fungsi mata dan minda bukan sahaja pada si ibu malah pada bayi di dalam kandungan.
Dan untuk anak anakpula, Omega 3 yang cukup membantu dalam menajamkan minda anak anak dan mereka lebih fokus di dalam pembelajaran.
4. Vitamin B.
Membantu memberikan tenaga seisi keluarga. Tapi ia juga bantu untuk kurangkan keletihan bagi si ayah yang penat berkerja seharian. Si ibu pula bagus untuk mengelakkan simtom meroyan selepas bersalin.
Bagi kanak kanak bagus untuk mereka lebih fokus dalam pembelajaran mereka.
5. Vitamin C
Vitamin C membantu untuk salur darah lebih anjal dan sihat. Vitamin C merupakan antioksidan yang sangat baik yang membantu di dalam menyingkirkan bahan kimia dari tubuh. Contohnya seperti si ayah yang merokok, dan kerja di kilang kilang mereka ini terdedah dengan bahan kemikal yang boleh menyebabkan punca toksin tinggi di dalam badan.
Untuk ibu sedang hamil dan menyusu penting untuk penyerapan zat besi untuk pembentukan sel darah merah.
Bagi kanak kanak, boleh lindung mereka dari mudah jatuh sakit, gusi berdarah.
Kelima lima nutrien ini adalah nutrisi asas pada tubuh yang sihat untuk seisi keluarga.
Tapi bagi si ayah perlukan tambahan Vitamin E untuk tenaga bagi si ayah, menyokong kesihatan otot dan salur darah yang sihat. Ia merupakan kawan baik dengan Omega 3. Dan ia juga merupakan vitamin kesuburan , meningkatkan kesihatan sperma yang normal dan sihat. Serta pergerakan sprema yang sihat dan hala tuju yang betul dan tepat seperti sistem GPS kepada sperma kita.
Si ibu pula perlukan tambahan Omega 6 kerana ia membantu menyokong kesihatan kulit kering. Kerana Omega 6 ni bantu sebagai agen pelembab terbaik dan anti radang jika jerawat. Kulit lebih sihat dan berseri tau. Dan ia juga membantu untuk kurangkan masalah senggugut. Siapa yang pernah alami mesti akan tahu kesakitannya. Bagi mereka wanita yang mengalami fasa menapause pun sangat bagus di amalkan kerana ia bantu untuk kurangkan gejala gejala menapause seperti susah nak tidur, rasa panas, mood swing dan hormon tidak teratur.
Health advisor,
#misikak_es
Leave a Reply