Pernah alami situasi ni tak terutamanya pada ibu ibu yang baru melahirkan anak dan ditambah pula tidak mempunyai pengalaman dalam bidang menyusu, anak meragam, kembung perut, naik kuning mendadak disebabkan kurang pengetahuan bagi si ibu yang baru. Apa yang perlu ibu buat masa ni?
Oh tidak, jangan sedih sebab emosi masa dalam pantang ni sangat memainkan peranan penting untuk sokong dalam penyusuan. Jika kita lagi bersedih, nanti air susu tu lagi malu malu nak keluar. Sebab itu si ibu perlu rehatkan minda, jangan di dalam berada tekanan. Orang putih kata,”Go with flow,”. Sebab saya dulu pun sama seperti anda terutamanya masa Kak Es habis bersalin je anak pertama, memang anak Kak Es melalak je sejam sekali, seolah olah ada jer tak kena.
Lampin ke? Perut kembung ke? Meh Kak Es kongsikan apa yang patut ibu ibu patut elakkan.
Perkara pertama sekali yang mak mak perlu elakkan sebaik sahaja lepas bersalin adalah elakkan daripada pengambilan halia. Kalau boleh sebaik sahaja bersalin, ibu ibu jangan dulu ambil makanan yang ada campuran halia di dalam masakan anda. Kita tahu halia ni bagus untuk orang yang lepas bersalin. Kalau dulu dulu, memang mak Kak Es sendiri amalkan air halia di minum sehari sekali kononnya boleh buang angin, dan legakan badan. Akan tetapi anak sekarang tak sama macam kita dulu dulu kan.
Nak lagi, bayi sekarang mudah sangat mengidap masalah Jaundice. Sebab itu kena elakkan sebarang pengambilan halia.
Kedua, kalau boleh elakkan pengambilan jamu atau herba yang boleh menyebabkan masalah kuning tinggi pada bayi. Ini kerana pada masa ni, hati bayi masih belum cukup matang lagi. Bagi bayi yang menyusu, pentingnya si ibu jaga pemakanan mereka . Ada setengah jamu yang memang daripada herba, ada mengandungi kunyit, halia yang boleh menyebabkan kuning pada bayi anda. Jadi kalau nak makan jamu juga pastikan kena tahu kandungan jamu tu. Kak Es sendiri alhamdulillah amalkan Set Bersalin Shaklee sebagai set pantang saya, bebas jamu, dan dalam bentuk supplemen pil yang membantu Kak Es recover ke dua dua pengalaman pantang Kak Es iaitu pernah pembedahan dan juga bersalin normal. Next entri nanti saya kongsikan khasiat pengambilan set bersalin yang Kak Es amalkan yang mana ia tidak menganggu bayi ketika itu tengah kuning malah bantu penghasilan susu yang cukup dan bayi pun mudah kenyang.
Ketiga, selepas bersalin mungkin ada wanita yang rasa stres semasa menyusukan anak dengan pelbagai cabaran yang di alami seperti mengharapkan susu supaya keluar melimpah ruah. Jadi mereka makan diet berlebihan sehingga tidak mengikut regim. Sebenarnya mitos tau , si ibu wajib makan nasi sehingga berpinggan pinggan supaya si anak nanti tak lapar. Dalam penyusuan ini anda perlu pastikan pengambilan nutrisi yang sempurna, pastikan ikut piramid makanan yang disarankan.
Jika ibu ibu tidak mampu nak makan ikut piramid makanan sebab itu pentingnya pengambilan makanan tambahan (supplemen) untuk pastikan si ibu dan bayi mendapat nutrisi yang cukup. Sebagai contoh pengambilan B complex sangat membantu si ibu dari mengalami kemurungan atau meroyan terutamanya selepas bersalin.
Tambahan pula, si ibu jangan terlalu menjaga rejim diet ketat juga kerana ia juga boleh menjadi punca susu badan anda merudum dan semakin berkurangan.
Keempat, elakkan daripada pengambilan buah sitrus yang berlebihan seperti oren, limau, dan lemon terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada sistem penghadaman bayi yang belum matang.
Menurut sumber, ia juga boleh menjadi punca ruam lampin kepada bayi jika diambil secara berlebihan. Oleh itu, pelbagaikan pengambilan Vitamin C melalui buah-buahan lain seperti jambu batu, epal, betik, dan anggur. Tapi kita percaya ada sesetengah buah kita khuatiri nak makan lepas bersalin seperti sejuk dan sebagainya. Jadi memadai dengan pengambilan Vitamin C sebanyak 500 mg sehari untuk keperluan badan si ibu bagi meningkatkan sistem pertahananan ibu dan bayi serta mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin juga.
Ke lima berkaitan dengan makanan pedas. Tidak semua bayi akan meragam dan mogok menyusu apabila ibunya memakan makanan pedas. Namun, anda mungkin akan mendapati sesetengah bayi amat sensitif terhadapnya, lebih-lebih lagi sekiranya bayi menyusu badan dalam masa 1 jam selepas anda memakannya.
Oleh itu, jika anda minat dengan makanan pedas, cuba makan makanan tersebut dalam kuantiti kecil dahulu untuk melihat reaksi bayi. Kak Es masih ingat lagi masa berpantang anak pertama, Kak Es suka makan daging masak black pepper. Ye lah, orang kata ibu pantang kena makan benda yang panas panas kan. Tapi saya hairan anak saya cirit, kerap membuang dan berat badan dia turun dari berat lahir.
Masa tu saya notice saya memang ada makan black pepper. Bila saya stop alhamdulillah takde lagi cirit dan membuang seperti biasa. Kesian pada bayi Kak Es masa tu. Walaupun Kak Es ni Jururawat la masa tu, tapi banyak juga Kak Es tak tahu tentang dunia penyusuan ini. Alhamdulillah Kak Es terus belajar dari mana mana group sokongan ibu menyusu, hadir mana mana seminar. Dan ilmu semakin bertambah. Itulah pentingnya berkongsi ilmu kan.
Seterusnya pengambilan gandum juga boleh menyebabkan perut bayi kembung, tidak berasa sedap, dan masalah sembelit. Sekalipun bayi tidak meragam, anda boleh memantaunya melalui najis bayi. Jika ia tidak kelihatan normal dan nampak berketul, kering, dan berdarah, cuba elakkan makanan yang bergandum selama 2-3 minggu. Sekiranya najis mereka kembali normal dalam tempoh tersebut, mungkin bayi anda alah terhadap gandum.
Seterusnya, ibu menyusu dinasihatkan elakkan daripada pengambilan kafein seperti kopi, teh atau soda. Ini kerana pengambilan kafein boleh membuatkan bayi anda sukar tidur, kuat meragam dan tidak selesa. Kalau nak minum pun sehari sekali je atau kalau boleh kena elakkan langsung lebih baik bagi menjaga kesihatan bayi juga.
Sebab itu pentingnya pengambilan Nutrisi kepada ibu ibu se awal kehamilan sehinggalah mereka bersalin. Ini kerana ia dapat membantu si ibu dalam proses penyusuan bayi anda. Janganlah berasa tertekan kerana anda tak dapat makanan yang anda hidamkan seperti dulu suka makan black pepper la, pedas pedas , suka minum kopi dan sebagainya.
Yang penting bayi kita sihat pun si ibu cukup bersyukur dan gembira demi perkembangan bayi bukan?
Pantang ibu menyusu ini hanya berlangsung buat sementara saja.
Pemilihan makanan adalah mustahak supaya anda juga dapat nutrisi yang baik untuk menggalakkan lagi penghasilan susu badan yang berkualiti. Paling penting, banyakkan minum air kosong dan tahu konsep DEMAND VS SUPPLY untuk jayakan misi penyusuan!
Yang berkongsi,
Misi Kak Es.
Leave a Reply