Cerita semalam.
Saya diberi kepercayaan oleh Shaklee untuk memberi ucapan di sesi Motivation & Recognition Rally Ahad ini. Bertempat di Grand Palace Hotel, Miri.
Tapi sebelum ke sana, saya mahu cari prospek pelanggan dan rakan bisnes dari Miri. Cari punya cari, masih tak kunjung tiba. Dah dua minggu berusaha.
Tiba-tiba dua hari lepas suami saya beritahu. Ada seseorang dari Miri sedang mencari krim Herbal Blend di dalam Facebook. Saya pun cepat-cepat hubungi dia.
Gembira sungguh. Tiba-tiba peluang datang menggolek. Out of blue, orang putih kata.
Lepas berbalas mesej, rupanya dia mahukan Shaklee Herbal Blend tu COD. Aduh, sayangnya. Tapi sebab dah niat nak tolong orang. Maka, saya panjangkan nombor dia kepada mentor saya, Kak Norita. Untuk minta dia cari pengedar Shaklee lain di Miri jual dan hantar produk itu kepada pelanggan.
Mula-mula tu terasa macam terlepas satu peluang rezki juga. Tapi kena redha. Agama pernah cakap. Sebaik-baik pemberian kepada orang, adalah pemberian barang yang kita paling sayang.
Tiba-tiba petang semalam saya dihubungi seseorang di KL. Bertanyakan pasal supplement membantu untuk hamil. Kerana dia ingin menimang cahaya mata. Selepas bertahun-tahun mencuba.
Saya cubalah risik dari mana dia dapat nombor contact saya. Rupanya, dia cari melalui Google. Yang akhirnya membawa dia ke blog saya, www.vitaminmutiara.com.
Terkejut juga. Sebab blog saya bukanlah sehebat orang lain. Banyak lagi blog pengedar Shaklee lain yang menghuni “ranking” lebih atas di dalam keputusan enjin pencarian.
Selepas berbalas hubung, akhirnya dia bersetuju untuk membeli produk dari saya. Dan juga menjadi ahli Shaklee. Dapatlah dia multivitamin Vitalea percuma.
Dan paling best, dapat tambah satu lagi tali silaturrahim baru. Bila bertelefon dengannya, terasa macam dah kenal lama. Mesra dan lembut orangnya. Moga saya dapat jumpa dia secara bersemuka satu hari nanti. InsyaAllah.
Itulah kuasa Tuhan yang Maha Pemurah. Herbal Blend yang kami “beri” pada orang lain. Tapi digantikanNya dengan lebih baik. Iaitu GLA Complex, Vivix, dan Zinc Complex. Dan juga seorang kenalan baru. Dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Yalah, selama ini majoriti besar pelanggan saya adalah dari Malaysia Timur. Kalau ada pelanggan di Semenanjung pun adalah kenalan lama saya sendiri.
Kesimpulannya. Andai kita kongsi satu jalan pintu rezeki untuk orang lain. Nescaya Tuhan bukakan berpintu-pintu rezeki buat kita. Itu janjiNya. Dan Dia tidak sesekali ingkar pada janji.
Buat yang sudi membaca coretan saya, bersama-samalah kita berdoa, agar Puan A dikurniakan zuriat yang diimpikannya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Leave a Reply