Sejak sejak akhir ni saya di utarakan soalan dengan apakah jalan terbaik untuk atasi masalah kencing kotor secara semulajadi? Perit pedih saya sendiri pernah rasa dulu pada awal kahwin..
Kebanyakan ramai wanita yang mengalami malasah kencing kotor atau sinonim dengan Urinari Tract Infection. Maksudnya ada jangkitan kuman pada pundi kencing anda.
Salur kencing orang perempuan ni lebih pendek berbanding lelaki. Jadi bila kita tahan air kencing, kuman-kuman pun berpesta ria lah dalam pundi dan salur kencing.
Lagi lama tahan, kuman-kuman akan buat rumah dan mula merosakkan salur kencing, atau ayat doktor – jadi jangkitan kuman lah.
Bila mula ada jangkitan kuman kat salur kencing ni, kita akan kencing pun rasa nak kencing kerap, tapi keluar setitik dua je.
Dan paling menakutkan adalah masa nak kencing tu, memang pedih yang amat sakit sangat! Serta tak lawas dan perit.
Apakah tips hilangkan rasa sakit tu
CARA HILANGKAN SAKIT KENCING KOTOR
Saya amalkan
JUS CRANBERRY
Nombor 1, mari lah cari Jus Cranberry ini di Farmasi.
RM 50 je. Alah bundarkan harga jadi RM 50.Di Labuan susah nak cari jadi boleh gantikan dengan Vivix sebab Vivix mengandungi 4 kandungan seperti anggur mucadine dan berry berry kan..
Amalkan jugak minum lebih dari 3 liter air sehari.
ANTIBIOTIK
Dan super penting!
Habiskan antibiotik selama 7 hari, kalau sekerat jalan, nanti kuman tu mati sekerat dan boleh bina imun dia terhadap antibiotik, nanti in future, kita ada possibility untuk kena lagi.
Saya tak makan pun antibiotik. Sebab saya tak suka.Lebih baik saya ambil secara semulajadi.
Anda juga boleh memilih Alfalfa sebagai diuresis semulajadi atau pembersih kencing.
Garlic pula sebagai antibiotik semulajadi sampingan. Alfalfa ni antikulat, Garlic pulak antibiotik. Dan jika anda nak amalkan vitamin C pun boleh yelah sebab dah kena jangkitan kan , nak bagi badan kita lawan segala penyakit yang datang.
BANYAKKAN MINUM AIR & KERAPKAN KENCING
Bila dah banyak minum air masak, kita akan kerap terkencing, atau memang masa kena kencing kotor ni, kuman suka buat main dengan kita, air kencing baru sikit pun dia nak kita masuk toilet.
Jadi, masuk je toilet, kencing je walau setitik dua.
Sebabnya, bila kita minum air masak, air masak ni akan cuci balik bahagian yang kena jangkitan kuman, dan selepas cuci, kita akan terasa nak kencing sebab badan kita nak cecepat buang kuman yang jahat itu.
Lagi kerap kita kencing, lagi cepat kuman-kuman yang dah lama bertapa tu akan hilang, dan lagi cepat lah sakit kita hilang, biiznillah.
RECAP CARA HILANGKAN SAKIT KENCING KOTOR
Wajib buat semua ni:
- Minum air kosong sekurang-kurang nya 3 liter sehari, lagi banyak lagi bagus
- Jangan tahan kencing
- Beli cranberry juice macam gambar kat atas, ada di farmasi
- Habiskan antibiotik doktor, dengan konsistend an jangan putus
- Amalkan shaklee Alfalfa, Garlic, Vivix, Vitamin C shaklee
Harap sangat membantu entry ini.
Antibiotik doktor = Covered by company kan?
Jangan di tahan-tahan sakit tu, sebab kalau di tahan, buah pinggang pulak yang akan kena jangkitan kuman, bertambah parah pulak nanti.
Kalau dah selalu kena, cuba disiplin follow 4 step di atas.
Moga cepat hilang sakit kencing kotor anda
Leave a Reply