Senggugut sering berlaku di kalangan wanita!
Tahukah anda apakah itu senggugut?
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil “dysmenorrhoea”. Terdapat dua jenis senggugut.
Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
- Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
- Cyst Ovari dan tumor
- Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
- Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
- Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Epidemiologi
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.
Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.
Tanda-tanda
Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.
- Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
- Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
- Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
- Haid yang tidak tetap
- Haid yang tidak tetap
- Kesakitan antara haid
- Pendarahan yang bertamban banyak
- Lelihan dari faraj
- Kesakitan ketika melakukan seks
- Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
- Loya dan muntah, cirit-birit.
Komplikasi
Physical – Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
Mental – stres, tidur terganggu
Rawatan
- Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid. - Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan. - Pil perancang.
Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:- Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
- Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
- Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
- Penggunaan Haba
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam. - Mesin TENS (“Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation”)
Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.
Pada pendapat saya pemeriksaan awal jika anda senggugut di peringkat awal membantu anda daripada mengalami sebarang kemungkinan buruk seperti di atas. Jika anda mahu juga berikhtiar dari segi pengambilan makanan tambahan adalah lebih baik kerana ia juga boleh memainkan peranan penting untuk membantu mengurangkan anda mengalami masalah di atas. Gabungan Ubat yang diberikan oleh doktor bersama vitamin tidak menjadi masalah malah ia akan memberikan kesan yang terbaik.
CADANGAN VITAMIN SHAKLEE SECARA SEMULAJADI UNTUK SENGGUGUT:
1) OsteMatrix Shaklee – Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar
Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D – yangmana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen
Magnesium – Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
Boron – membantu dalam metabolisme tulang
Zink,mangan, dan tembaga – bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.
Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
2) GLA Complex – mengimbangi tahap hormon & membantu mengawal penghasilan prostaglandin
Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
Apakah rawatan yang boleh digunakan untuk Senggugut Sekunder?
Perubatan yang digunakan adalah bergantung kepada sebab Senggugut Sekunder dialami. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
Jika anda wanita yang sering mengalami masalah ini, nak cuba set vitamin shaklee senggugut boleh la menghubungi saya;
SITI AISAH MOHD IBRAHIM
SID 867656
0176477837
COD LABUAN
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA
Leave a Reply