Alhamdulillah sebenarnya bila orang kata, benda yang kita rancang selalu tak menjadi tetapi bila rancangan last minit jangan terkejut ia akan success. Tapi tak semua ya. Apa pun perancangan awal sangat penting Di dalam harian kita untuk pastikan segala yang kita MAHUKAN kita akan dapat.
Cerita semalam, saya Di Miri sebenarnya untuk menghadiri kursus seminar bersama Mr Victor Lim, president shaklee. Sebenarnya sebelum ini nama saya tersenarai untuk sesi Di kota kinabalu tetapi oleh kerana surat tawaran yang saya dapat lewat daripada tarikh seminar Maka saya tak berpeluang untuk hadir seminar Di sana.
Tetapi cantik percaturan yang Allah telah tuliskan untuk saya. Maka saya tersenarai semula untuk Miri. Tapi memang rezeki sebab saya Akan berkursus dengan mentor saya sendiri iaitu Master Norita Idris. Beliau la ibu Dan cikgu saya. Yang hebat nya semalam siapa sangka kami memakai baju warna yang sama. Sehingga kan semalam saya rasa sangat terharu Dan istimewanya sebab saya sendiri tak sangka yang semalam adalah HARI GURU lagi. maka saya berpeluang berjumpa, Dan mengucapkan hari guru Di depan beliau sendiri dengan sentuhan yang sangat mendalam Dan terkesan.
Pada saya, tanpa beliau saya tak akan menikmati kehidupan yang saya ada sekarang. Namun bukan bermakna saya selesa dengan apa yang saya telah perolehi. Tanggungjawab saya sangat besar untuk saya berbakti kepada organisasi saya.
Al kisah cikgu saya, dari dulu sehinggalah saya berkerjaya Di dalam kejururawatan rata rata cikgu saya seorang yang tegas Dan sangat garang. Antara nama nama cikgu yang sentiasa Di dalam hati saya, Puan Noriah Ahmad( pensyarah kejururawatan), Prof Puan Faridah, Puan Siti khuzaimah, Ms Carina, Mrs Marry, Mrs Joanne yang menjadi idola saya semasa saya Di dalam kejururawatan. Dan even sehingga sekarang. Tidak bermakna saya WAHM (work at home mother) tetapi saya sudah tinggalkan nursing saya. Malah saya masih jalankan tanggungjawab saya bersama orang ramai cuma scope Sahaja Berbeza.Dan InsyaAllah saya nak jadikan diri saya lebih kepada PUBLIC HEALTH NURSE demi membantu orang ramai hidup lebih sihat!!!
Tanpa mereka siapa lah saya. Saya rasa saya sendiri tidak mampu berdiri di hadapan orang ramai untuk berkongsi, untuk mengajar Dan yang sudah pasti untuk lebih kuat dalam cita cita saya. Apa pun segala jerit payah mereka selama ini, dari segala tegur an, tangisan Dan kemarahan siapa sangka kini kami sangat rapat seperti sahabat. YA Allah semoga Engkau berikan la mereka kesihatan yang sangat tinggi dan jauhilah mereka dari segala masalah penyakit. Apa pun saya sentiasa doakan semua guru guru saya mendapat kerahmatan Dan kebahagian hidup dunia Dan akhirat.
Tidak ada yang perlu Di ungkapkan melainkan hanya panjatkan doa Dan bersyukur kerana Engkau la guru yang membentuk aku menjadi seorang PERWIRA Satu hari nnti..
SELAMAT HARI GURU!!
TERIMA KASIH CIKGU SEMUA..
Leave a Reply