Assalamualaikum dan salam jumaat semua. Pernah dengar tak ibu sering mengalami kaki kejang ketika hamil?
Saya masih ingat lagi pengalaman semasa hamil anak sulung. Setiap malam saya memang mengalami kejang kaki. Oh, kalau masa sejuk tu lah memang kejang tau.
Aduh,sakitnya tu memang meremang bulu roma. Setiap malam saya akan menjerit kesakitan. Suami pun takut jadinya.
Nak tahu punca tak? Sebab saya seorang wanita anti-susu. Memang saya tak suka minum susu. Kalau saya nak minum susu pun saya mesti cari perasa coklat. Kalau tak, memang saya tak akan minum.
Suami saya antara orang yang akan marah saya. Sebab ibu hamil perlukan kalsium, tambahan lagi jika bayi semakin membesar. Penting untuk pertumbesaran bayi dan kuatkan tulang tau.
Walaupun saya nurse dan tahu akan kepentingan susu, tapi sebab memang saya tak suka susu, saya akan muntah balik tau lepas minum.
Nasib baiklah saya dapat jalan penyelesaian.
Lepas saya amalkan 4 biji tablet kalsium sehari sekali, saya dah tak mengalami kejang kaki lagi dah. Alhamdulillah.
Sekadar perkongsian dari seorang ibu.
Leave a Reply