Hari ini dalam sejarah, dunia digemparkan dengan berita yang amat menyedihkan. Sebak sangat apabila mendapat tahu tentang trajedi kebakaran di Hospital Sulatanah Aminah (HSA) pada pukul 8.50 pg hari ini.
Jujurnya, saya mendapat tahu berita ini pun melalui group whatsapp sahabat sahabat Jururawat kami pagi ini. Walaupun saya sudah hampir 2 tahun meninggalkan bidang kejururawatan ini , namun disudut hati saya masih berjiwa seoarang jururawat. Sedih yang amat kepada mangsa mangsa yang terlibat terutamaya kepada pewaris mangsa. Jom kita ikuti video terkini.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri iaitu Othman Abdullah, seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera di kejarkan ke HSA sebaik sahaja mereka mendapat panggilan kecemasan pada 8.56 pg tadi.Walaubagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah merupakan Ketua Pengarah Hospital meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi negatif , tidak sahih dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara tersebut.
Di dapati terdapat 6 mangsa yang maut, terdiri daripada 4 orang perempuan dan dua orang lelaki. Mangsa di temukan rentung di unit ICU zon selatan hospital. Dan ada juga pesakit yang mengalami kebakaran 80%, tiga staff terhidu asap tebal dan mereka semua mendapat rawatan yang selanjutnya.
Allahu besar sungguh ujian ini. Dari pihak saya sekali lagi ingin mengucapkan takziah dan saya doakan semoga semua wara kerja hospital terus cekal dan tabah menghadapi ujian ini.
Leave a Reply