Sarapan pagi untuk anak-anak sekolah penting. Banyak anak-anak yang bersarapan mempunyai prestasi lebih baik di dalam kelas. Itu kata kajian Academy of Nutrition and Dietetics.
Dietitian dari Food and Drugs Administration (FDA) pula mengatakan sarapan pagi yang sihat adalah satu kemestian.
Sarapan yang sihat ya. Bukan sarapan makanan ringan. Atau “junk food”.
Mungkin ada yang tertanya. Kenapa sarapan pagi penting untuk anak-anak?
Anak-anak ini berada dalam fasa tumbesaran badan dan minda. Dan tumbesaran ini perlukan makanan sihat secara berterusan. Jadi, kalau anak-anak terlepas sarapan pagi, dia bakal menghadapi kekurangan nutrisi yang diperlukan seharian.
Dan ini membuatkan dia tidak mempunyai sumber untuk berada pada tahap yang baik di sekolah.
Antara tips mudah sarapan pagi yang dikongsikan FDA adalah:
1) Apa saja bentuk makanan boleh dijadikan sarapan. Asalkan menyihatkan.
2) Beri makanan yang anak-anak suka. Juga, asalkan menyihatkan.
3) Sediakan bahan untuk sarapan pagi pada waktu malam sebelumnya. Ini untuk jimatkan masa sibuk anda di waktu pagi.
4) Baca label nutrisi dan bahan-bahan sesuatu produk semasa membeli. Jadi, bolehlah anda bandingkannya antara produk-produk. Pastikan anak anda mendapat produk sihat yang rendah gula tambahan dan garam.
5) Ambil kira tahap perkembangan dan aktiviti anak-anak. Kalau anak-anak anda aktif secara fizikal, dia perlukan makanan banyak kalori sebagai sumber tenaga. Sarapan pagi yang mempunyai protein dan karbohidrat boleh membuatkan anak rasa tidak lapar dan fokus hingga tengah hari.
6) Nutrisi makanan adalah penting untuk semua makanan anak-anak sepanjang hari. Sarapan pagi anak anda kekurangan sayur? Tak apa. Anda boleh gantikan sayur yang kurang tu ketika menyediakan snek petang.
7) Jangan benarkan anak-anak beralasan tiada masa untuk bersarapan. Tak sempat bersarapan di rumah? Tak apa. Pastikan dia bawa bekal sarapan keluar. Jadi bolehlah dimakan ketika dalam perjalanan di sekolah.
Kata Carole L Adler (dietitian di FDA), “shake” yang mengandungi buah-buahan bersama susu dan yoghurt hanya mengambil masa beberapa minit saja untuk diminum.
Sumber asal:
http://www.fda.gov/ForConsumers/ConsumerUpdates/ucm456060.htm
P/S: Saya memberi Milkshake dari Shaklee sebagai sarapan pagi untuk anak-anak. Saya bancuhkan Milkshake bersama susu atau Milo. Ini untuk memastikan anak-anak saya mempunyai sarapan sihat dan cukup nutrisi. Milkshake Shaklee mengandungi pelbagai vitamin dan protein yang baik untuk tumbesaran anak-anak.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai Milkshake dari Shaklee? Sila hubungi saya;
Puan Siti Aisah Mohd Ibrahim
0176477837
Samada telefon, SMS, Whatsapp atau Telegram, saya bersedia melayani sebarang pertanyaan anda.
Leave a Reply