Kami tercari-cari hotel di sekitar Bandaraya Kuching untuk program Health and Wellness Fair.
Sebelum tu.
Kami pilih tarikh 16 Ogos 2016 (Ahad). Sempena Kuching Marathon 2016 yang jatuh pada tarikh sama. Suami masuk larian 21K. Saya pula buat program bersama Shaklee Kota Kinabalu. Kira dua dalam satu. Sambil menyelam minum air orang kata.
Kami merisiklah beberapa hotel. Supaya dapatlah sewa bilik seminar pada harga berpatutan. Dan paling penting, pakej lengkap dengan servis pelanggan yang mantap.
Jadi terjumpalah dengan Merdeka Palace Hotel.
Di mana Merdeka Palace Hotel ni?
Dia betul-betul berdepan Padang Merdeka. Dua minit berjalan ke pusat beli belah Merdeka Plaza. Lima minit ke tebing Sungai Kuching. Nak dijadikan cerita, larian Kuching Marathon 2015 bermula dan tamat di Padang Merdeka.
Jadi, kami pun hubungilah Encik Razzis dari bahagian jualan.
Terbaik. Harga sewa bilik seminar memang kompetitif. Memang dalam bajet Shaklee. Shaklee pun terkejut dapat harga sebegitu.
Sebelum tu nak bagitau.
Banyak hotel “fully booked” untuk hujung minggu tu. Puas kami mencari. Sebab di Kuching ada dua program besar. Satu, Kuching Marathon 2015. Dua, Hari Koperasi Negara 2015. Aktif sungguh Kuching buat program. Jadi Encik Razzis tawarkan bilik kepada kami. Ngam-ngam bilik hotel yang terakhir. Kadar harga untuk satu malam pun ok.
Tak fikir panjang lagi. Saya dan Shaklee Kota Kinabalu pun ambil Merdeka Palace Hotel. Seronoklah suami saya. Senang dia nak pergi berlari awal pagi.
Nak tahu rupa Merdeka Palace Hotel macam mana?
Jom tengok gambar-gambar ni.
Inilah rupa bilik hotel kami. Dapat pemandangan Padang Merdeka. Dan juga masjid Kuching.
Macam biasalah. Dapat dua complimentary breakfast untuk dua orang.
Ni pula rupa bilik seminar yang Shaklee sewa. Boleh muat dalam lima puluh orang.
Kalau yang beragama Islam nak buat atau datang seminar di sini, surau ada disediakan.
Inilah pula lobi hotel.
Kalau nak ajak kawan lepak minum kopi tengah malam, tak payah risau. Ada coffee house dibuka sehingga tengah malam.
Mungkin yang tanya berapa bintang hotel ni?
Merdeka Palace Hotel ni lima bintang. Walaupun lima bintang, harga dia masih berpatutan. Kalau dibandingkan dengan hotel lima bintang yang lain di Kuching. Memang terbaiklah bagi sesiapa yang nak buat seminar di sini.
Paling penting staff pun friendly.
Terima kasih buat Mr James Tan dan Encik Razzis yang banyak memudahkan program kami. Dan juga terima kasih kepada warga kerja Merdeka Palace Hotel yang memberikan sokongan hebat kepada program Health and Wellness Fair kami.
Kami pasti akan datang lagi ke hotel ni di masa akan datang.
Baiklah. Kalau anda nak tahu lebih lanjut boleh layari website Merdeka Palace Hotel.
http://www.merdekapalace.com/
Dan boleh juga like Facebook page mereka di:
Merdeka Palace Kuching Suites
Leave a Reply