Alhamdulillah tahun ini sudah masuk tahun yang ke 4 blog Vitamin Mutiara beroperasi. Terima kasih kepada pembaca blog Kak Es yang setia. Dan dalam masa yang sama, Kak Es ketika menulis blog ni tinggal tiga hari lagi Kak Es bakal menamatkan masa berpantang Kak Es setelah dikurniakan seorang cahaya mata , perwira kami Haris Gazi diberi nama pada 24 November 2017 @ 527 pagi.
Alhamdulillah bersyukur ya Allah di atas rezeki yang telah Engkau berikan. Semoga dengan kehadiran perwira kami, semoga rezeki kami sekeluarga melimpah ruah dan yang paling penting dapat meluaskan empayar perniagaan Shaklee Kak Es ke arah kebaikan.
Gambar ini merupakan gambar kenangan Kak Es ketika baby Gazi Kak Es masih dalam perut lagi.Kandungan ketika ini adalah 37 minggu. Alhamdulillah sebaik sahaja seawal 38 minggu baby Gazi selamat keluar.
Alhamdulillah dah 41 hari baby Kak Es ni. Setakat ini Kak Es berpuas hati dengan progress perkembangan yang ditunjukkan oleh baby Gazi.
Semoga Baby Gazi sihat sentiasa hendaknya dan menjadi anak yang soleh serta berjaya dunia akhirat. Amin.
Jangan lupa tau, bulan ini promosi minyak ikan dari kami. Kak Es amalkan minyak ikan seawal hamil lagi. Banyak manfaatnya jika kita amalkan terutamanya ibu hamil dan ibu menyusu.
Boleh klik link di bawah kenapa Kak Es amalkan minyak ikan dari awal kehamilan hinggalah sekarang:
Kenapa Perlu Ambil Minyak Ikan?
Diet Minyak Ikan Untuk Fokus Anak.
Jangan lupa grab promosi bulan ini tau.
Untuk pertanyaan boleh hubungi Kak Es 0176477837
Leave a Reply