Rasa nya bukan kami sahaja yang terkesan kan, tapi ramai yang kini mula merungut tentang harga barang yang naik, sistem GST yang baru diperkenalkan dan berbagai lagi masalah tentang para peniaga yang mengambil kesempatan ke atas sistem GST yang baru dijalankan di negara ini.
Nak cerita tentang GST ni sampai bila pun tak habis. Para peniaga kecil pun terkesan juga kan. Tapi apa yang bagus nya setelah gelombang GST ni, dahulu takde rasa nak semai pupuk sifat berjimat cermat elakkan pembaziran.
Sekurang kurangnya, kita boleh belajar dan menghargai kehidupan lebih baik. Sebenarnya hobi bercucuk tanam ni langsung tak pernah terlintas pun di kotak fikiran saya. Langsung tak terniat pun nak tanam itu ini kan.
Tapi bila dah berpindah dan ada rumah sendiri ni, hobi tanam menanam itu terjangkit apabila kedua ibu bapa kami sendiri pun memang menanam pokok cili, nenas, tomato di halaman rumah mereka.
Mulanya saya pun tak yakin. Ye lah malu ler sekali tanam tapi tak ada hasil. Tapi yang paling semangat suami saya la yang mempunyai impian bercucuk tanam ni. Katanya bolehla jimat untuk belanja dapur jugak. Gigih jugalah kami dah beli beberapa benih tanaman yang sesuai di tanam beranda kondo kami, tanah semaian, tanah compose, pasu serta beberapa peralatan untuk bercucuk tanam. Semangat tak? 😀
Nak nak lagi, bila semalam dia hantar gambar yang di atas, katanya tak sabar dia nak menanam dan semai benih yang kami dah beli. Insha Allah next projek pula akan menyusul.
Sekadar hobi kan tapi kena lah bersabar. Mana ada pokok bila kita semai benih hr ni esok terus dapat hasil kan? Sama je lah dalam Shaklee ahkak pun begitu. Nak semai ladang, ambil masa dua tiga tahun untuk nampak hasilnya. Nak berjaya dalam Shaklee pun ambil masa dua tiga tahun atau bertahun tahun juga. Apa pun kita bersyukur atas segala nikmat dan rezeki kerana segalanya Allah jua sebaik baik pergantungan.
Jadi walau dalam keadaan tak sabar tu, semoga hati ini dipupuk dengan penuh kasih sayang untuk semai benih yang ada. Insha Allah esok bila dah ada hasil, kerja di dapur lagi akan di buat penuh kasih sayang apabila menggunakan hasil tanaman sendiri. Jadi boleh la membantu mengurangkan belanja didapur tu.
Pada mereka yang punya kelebihan menanam ni, jom ler kita sama sama melancarkan program bercucuk tanam ni.Bukan sebab nak jimat sangat pun tapi seronok tau dapat tengok pokok yang hijau. Mata pun sihat je kan.
Ikhlas hasil nukilan dari saya:
Siti Aisah Mohd Ibrahim
📲0176477837
Pengedar Shaklee USJ 17, Subang Jaya, Sunway, Shah Alam
Email:[email protected]
Fb page:Vitamin Mutiara
Follow [email protected]_mutiara
Leave a Reply