Alhamdulillah sekali lagi Kak Es berpeluang membuat coretan di dalam blog Vitamin Mutiara ini. Semoga Allah terus berikan saya kekuatan untuk saya terus kuat dan semangat terus menulis bagi berikan semangat kepada diri saya sendiri, anak anak bisnes malah orang di luar sana.
Saya tahu akibat pandemik Covid 19 ini, banyak yang mengajar kita erti penghargaan. Banyak yang mengajar kita tentang bagaimana kita belajar semula terus mendekatkan diri kepad Tuhan. Masa inilah baru kita sedar bagai terbangun dari mimpi yang aku tidak boleh berada di takuk yang sama.
“Aku kena bangun, aku harus bangkit. Tidak ada orang lain lagi yang boleh bantu diri aku melainkan diri sendiri,” bisik ku.
Sejak Mac 2020 apabila Malaysia di landa penularan virus covid yang amat serius malah sehinggakan kini kita sedang mengalami penularan sungguh dasyat ,gelombang ketiga yang menyebabkan ekonomi kita terkesan. Malah ada yang sehingga mengalami masalah kemurungan, gangguan emosi akibat tekanan perasaan yang dihadapi ekoran daripada hilang punca pendapatan. Ramai yang agak terkesan. Bukan seorang sahaja malah ramai.
Masa inilah banyak kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan untuk kelangsungan hidup rakyat. Sehingga wujudnya I-Saraan yang boleh dikeluarkan di usia muda bagi kelangsungan hidup.
Tapi tahukah anda, sejauh mana kita hanya bergantung pada bantuan dan kemudahan tersebut? Kita tidak tahu sejauh mana virus ini akan berkekalan?
Setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?
Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.
Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Sebab itu Kak Es sendiri mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Kak Es redha malah Kak Es bertekad perjuangan saya dalam meneruskan empayar T.E.A.M ini bukan hanya untuk dapatkan bonus besar semata mata, tetapi Kak Es nak jalankan amanah kerana ramai lagi orang di luar sana yang memerlukan.
Kita sentiasa ingat, Allah sentiasa bersama sangkaan hamba-Nya.
Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالىberfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
Hadis ini mengajarkan kita bagaimana seorang muslim harus bersangka baik pada Allah dan mempunyai sikap berharap pada -Nya di atas segala usaha yang kita lakukan.
Mengenai makna hadis di atas, Al Qodhi ‘Iyadh berkata, “Sebahagian ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah سبحانه وتعالى akan memberi keampunan jika hamba meminta keampunan. Allah سبحانه وتعالى akan menerima taubat jika hamba bertaubat. Allah سبحانه وتعالى akan mengabulkan doa jika hamba meminta. Allahسبحانه وتعالى akan beri kecukupan jika hamba meminta kecukupan. Ulama lain berkata maknanya adalah berharap pada Allah سبحانه وتعالىdan meminta ampunannya.”
(Syarh Muslim, 17 : 2).
Jadi sentiasa fikirkan setiap yang berlaku itu kerana Allah sayang, Allah uji untuk kita terus berjuang demi anak anak , suami malah keluarga tercinta.Allah uji sekarang sebab Allah pilih kita untuk kita akan kongsi rezeki pada orang di luar sana.
Kena tekad, yes aku dapat. Yes aku mampu bangkit dari emosi negatif. Aku yakin aku berjaya. Aku nak bina perniagaan aku yang kukuh.
Kena sebut, kena bayangkan perkara yang kita nak capai hari hari.InshaAllah memang pasti dapat. Tetapkan sifat tawakal kepada Allah. Tapi harus ingat dengan iringan bersama usaha anda.
Semoga penulisan saya ini dapat berikan kebangkitan dan semangat untuk anda sebagai pembaca Vitamin Mutiara.
Alhamdulillah..
Leave a Reply