Alhamdulillah setelah menulis entry pertama, bertalu talu uacapan yang diterima daripada rakan rakan pembaca semua. Terima kasih Kak Es ucapkan dengan sekalung doa yang dikirimkan. Tidak mampu Kak Es balas hanya mendoakan kalian semua semoga sentiasa berada di dalam rahmatnya. Semoga Allah lindungi kalian semua..Amin ya rab.
Kak Es nak sharekan ni kepada ibu hamil terutamanya. Perkara pertama yang kita akan hadapi setelah kita disahkan hamil adalah gangguan emosi. Betul tak? Kak Es mengalami gangguan emosi yang sungguh dasyat sekali selama dua minggu tau. Minggu ke 5-6 ok lagi. Dalam masa sama, takde la rasa pening, mual, muntah dan rasa lemah je.
Tapi mula sahaja minggu ke 7, Allahurabbi gangguan emosi yang melampau juga. Kadang tu ada je yang tak kena. Sifat marah Kak Es meluap luap masa itu. Jika diingatkan balik, kesian pada suami Kak Es yang menjadi mangsa utama. Ye la duduk pun hanya dua anak beranak je kan.
Memang Kak Es cuba juga nak elak dari perasaan marah tu. Tapi memang tak dinafikan semua itu adalah perubahan emosi yang dihadapi ketika awal kehamilan. Mujur ia tak berlarutan sehinggalah kini.
Perkara perkara bersifat psikologi ini kadang kadang disebabkan oleh kehamilan yang tidak disengajakan. Ya, Kak Es akui sebenarnya Kak Es tak merancang pun untuk dapat yang ke 3 ni. Masa mula mula pertama Kak Es tahu hamil, masa tu Kak Es terdiam , macam macam perasan bercampur baur. Gembira, takut pun ada juga. Ye la sudah hampir 5 tahun berehat. Menjadi tekanan yang berat sama ada dari segi fizikal mahupun jiwa.
Macam macam Kak Es fikirkan dengan faktor usia yang dah nak cecah 35 tahun November nanti, plus bersediakah Kak Es menghadapi fasa fasa menerima kelahiran. Namun sokongan suami sangat penting.
Suami memainkan peranan di dalam memberikan sokongan padu, semangat dan sentiasa ingatkan diri kita kepada Allah. Setiap apa yang Allah berikan, pasti ada hikmahnya. Memang Kak Es istiqamah banyak banyak, istigfar dan berdoa semoga Allah pelihara kandungan Kak Es kali ini. Memang doa sungguh sungguh.
Kak Es bersedia dengan mengabdikan diri kepada Allah, mengaji, kalau Kak Es marah cepat cepat Kak Es ambil air wudhuk tau. Istigfar dan buat selawat ke atas Nabi supaya jiwa kita tenang. Dan lama kelamaan alhamdulillah perasaan marah tu semakin berkurangan dengan pengisian kerohanian tadi.
Plus.. Kak Es pernah sharekan pada mentor Kak Es dan pesan jangan kurang makan B complex tau. B complex ni bantu memberikan jiwa kita rasa tenang daripada emosi yang melampau lampau. Dari itu, tak pernah kurang telan B complex 3-4 biji sehari. Lagipun B complex shaklee mempunyai keistimewaan folic acid sekali. Sebiji B complex pun dah mengandungi 200 mcg Folic acid. Jadi ibu hamil perlukan 400 mcg folic acid kan. Jadi jangan kurang daripada 2 biji. Tapi kerana gangguan emosi tu saya memang ambil 3-4 biji untuk sementara waktu. Alhamdulillah emosi ahkak dah stabil dah. Tak macam dulu dan Kak Es pun tak nak la berlarutan. Tak elok buat baby juga kan.
Kak Es faham dengan keadaan mual, muntah dan lemah yang kita hadapi akibat proses alahan tersebut. Tapi dalam masa yang sama doa, jangan kurang berzikir. Makanan tambahan juga perlu kerana makanan yang di ambil ketika ni tidak mencukupi di tambah pula asyik nak muntah je kan. Jadi kita perlukan sesuatu untuk pastikan bayi kita cukup nutrien.
Ok la… Next Kak Es akan kongsikan pula bagaimana Kak Es replace nutrien yang di ambil supaya cukup terutamanya ketika fasa alahan teruk dua minggu.
Jika suka boleh like dan add friends di ;
Fb Kak Es : Siti Aisah Mohd Ibrahim
Like page : Vitamin Mutiara dan Petua Menghilangkan Jeragat Dengan Pantas
Follow [email protected]_mutiara
Leave a Reply