Kak Es tak lama lagi bakal melahirkan anak ke tiga. Dup dap juga sekarang ni.
Sebelum itu, nasib baiklah sempat tengok kakak kakak dia buat performance dan konvo ahad lepas. Sekarang adalah masa untuk menunggu baby ni pula keluar.
Sebagai ibu yang berpengalaman bersalin 2, Kak Es akui bukan mudah nak lalui fasa bersalin ini. Kesemuanya bergantung kepada si ibu itu sendiri dan proses setiap ibu tidak sama. Tak usahlah dibezakan dengan ibu yang lain.
Orang kata ada yang tak sempat sampai atas strecther ada yang dah bersalin terus. Ada juga kes bersalin dalam kereta sebab tidak sempat sampai hospital. Ada pula kes sakit perut dah tapi kena menginap hospital berhari untuk proses bersalin.
Bak pepatah orang tua, murah rezeki la dan sebagainya. Pada saya, setiap rahim wanita tak sama tau. Ada kes yang posterios servix, anterior servix atau inferior servix. Apapun posisi servix tapi bila dah proses di labor room biasanya servix akan ke depan untuk proses mengeluarkan bayi tersebut.
Cuma seperti Kak Es mempunyai anatomi posterior servix. Iaitu servix kebelakang macam tu lah nak Kak Es fahamkan pada ibu ibu. Jadi cabaran itu ada di sana.
Anak yang pertama pada 13 Jul 2011 saya di masukkan ke hospital pada lewat tengah malam disebabkan oleh pecah air ketuban dulu. Lepas itu, keesokkan harinya Kak Es terpaksa di masukkan ke labour dan di induce dulu. Tapi Kak Es mengalami tempoh bersalin yang agak lama. Masuk ke Labour room pada jam 330 petang . Masa tu dalam 5 cm dah. Jadi saya di bawah pantauan jururawat sebab di induce juga. Cuma setelah agak beberapa lama, saya mengalami komplikasi seperti tiba tiba suhu Kak Es tinggi 38 darjah celcius dan jantung bayi pun dah laju. Disebabkan poor progress maka Kak Es di masukkan di bawah pembedahan secara kecemasan, dalam jam 140 pagi alhamdulillah selamatlah Kak Es melahirkan puteri sulung kami yang bernama Nuha Kamilah. Berat bayi 3.4 kg ketika itu.
Anak ke dua pula ada berbeza sedikit ceritanya. Di masukkan ke hospital pada 18 Dec 2012 pada awal pagi jam 2 pagi masa itu. Cerita yang sama pecah air ketuban dulu. Agak cuak jugalah sebab cerita lebih kurang sama. Lepas itu, Kak Es di tahan sebab perlu antibiotik untuk elakkan jangkitan pada bayi masa itu kerana dah pecah air sama seperti kes kakaknya juga kan. Tapi cumanya seolah bayi sangat selesa berada di hospital. Hari ke tiga barulah Kak Es mempunyai discaj darah, perut sakit kuat yang amat sangat dan kali ni nature labour. Masa ni Kak Es di masukkan ke Labour Room pada jam 830 pagi dengan bukaan 3 cm disebabkan oleh previous scar bersalin yang lepas. Jam 11 pagi dah fully dilate. Jam 1220 alhamdulillah Kak Es selamat melahirkan anak ke dua ketika itu yang diberi nama Bouchra Amani, 2.6 kg.
Itulah pengalaman Kak Es. Yang pertama sudah tentu Kak Es tak punya sebarang pengalaman. Tetapi berbeza yang kedua Kak Es dah belajar dengan pengalaman. Ada beberapa amalan yang saya buat untuk melancarkan proses bersalin.
- Banyakkan berjalan, agresif terutamanya apabila nak dekat tempoh bersalin 37 minggu ke atas. Masa ni lah sebaiknya kita boleh buat exercise turun naik tangga jika ada.
- Jalan itik orang kata bantu untuk memudahkan bukaan jalan juga. Bukan buat laju laju tapi buat perlahan lahan dan ikut kemampuan si ibu.
- Minta maaf kepada suami, ibu bapa dan sesiapa sahaja dan mohon doa kepada mereka semoga dipermudahkan persalinan
- Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut “Ya Fattah” berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
- Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
- Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
- Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (nanti baby lahir kulitnya bersih je)
- Makan kurma dalam bilangan ganjil
- Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran kerana nanti koyak teruk
- Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2
- Amalkan baca “Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir” sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
- Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
Dan…..
Kak Es memang akan ambil air tenaga sebelum Kak Es masuk ke Labour room masa anak ke dua. Tenaga itu penting sebab masa ini, nak makan pun dah punyai selerakan. Kurang tidur lagi disebabkan sakit kerap yang berpanjangan semalaman. Oleh itu minuman protein dan isotonik ini membantu untuk berikan Kak Es tenaga semasa meneran terutamanya. Alhamdulillah anak kedua berpeluang merasa bersalin normal walaupun pengalaman bersalin pertama Kak Es dengan macam macam Kak Es harung . Memang pertama agak penat.
Dengan perkongsian ini semoga dapat berikan iktibar, tips dan boleh di amalkan jika ianya bersesuaian dengan anda.
Health advisor,
#misikak_es
Leave a Reply