Hai semua, bertemu sekali lagi di ruangan vitamin mutiara website yang boleh membantu anda untuk mendapatkan info bermanfaat dari segi kesihatan ,isu semasa mahupun tips dari pengalaman diri saya sebagai seorang ibu yang berkerjaya sehinggalah seorang berkerja dari rumah, usahawanita.
Hari ini saya terdetik ingin membincangkan lagi tetang isu semasa bagaimana kita sebagai rakyat yang bijak mahu mengatasi masalah kewangan di kala musim pandemik ini.
Saya rasa hampir semua orang terjejas. Banyak industri di luar sana mula menukar strategi untuk memastikan syarikat tidak akan lumpuh di telan masa. Ada yang terjejas teruk dengan ketiadaan pekerjaan, bisnes melingkup. Ada juga yang survive juga,tetapi tetap tak sama macam dulu lagi.
Pandemik COVID-19 telah menimbulkan kebimbingan bagi seluruh pelusuk di seluruh dunia, termasuk tekanan kewangan akibat kehilangan pekerjaan, pemotongan gaji dan sebagainya. Tekanan kewangan boleh menjejaskan kesihatan emosi dan fizikal. Oleh itu, ianya sangat penting untuk mengetahui cara mengatasinya dengan mengambil langkah untuk menangani krisis pandemik ini.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh kita cuba untuk mengatasi tekanan kewangan:
- Buat perbincangan bersama pasangan atau orang yang anda percayai bagi mereka yang belum berkahwin secara terbuka. Cara ini dapat membantu anda dan rakan rakan,keluarga disekeliling anda untuk memahami apa yang sedang berlaku dan mengenalpasti cara menanganinya bersama. Bagi yang berpasangan perbincangan ini adalah sangat membantu untuk pandang di masa hadapan apa akan berlaku jika sesuatu yang buruk terjadi seperti kehilangan perkerjaan atau pemotongan gaji? Apa “back up” yang perlu kita laksanakan?
- Buat senarai perancangan mahupun peruntukan kewangan jelas dan lebih realistik. Kita kena beri kerjasama dengan ahli-ahli keluarga atau rakan-rakan serumah anda untuk menetapkan matlamat. Tetapkan had dan peraturan perbelanjaan, seperti hanya membeli barang keperluan buat masa ini. Anda mungkin ingin berkumpul dan berbincang dengan ahli keluarga bagaimana setiap individu boleh menyumbang untuk kestabilan kewangan keluarga. Mungkin kita kena potong beberapa bajet yang kurang penting atau tak penting dalam kita masih lagi bergelut dengan wabak ini. Kita tak tahu sampai bila akan berakhir selagi belum jumpa penawarnya. Walaupun kini kerajaan memberikan kelulusan untuk membuat pengeluaran KWSP anda tetapi harus di ingat, jangan berbelanja tanpa usul. Sebaliknya pengeluaran itu harus disalurkan bagi tujuan pelaburan seperti simpanan ASB, buat simpanan tabung haji dan bagi RM 1200 ke atas dah boleh buat pendaftaran anak anak kecil untuk tunaikan Haji pada masa mereka dewasa kelak, bahagikan duit tersebut untuk tempoh bulan yang mungkin akan terjejas. Mungkin ramai akan seronok yeah boleh keluar big amount tapi big amount akan lesap jika tidak disalurkan pada tempat yang sepatutnya dan dia akan menjadi susut nilai kepada RM 10.
- Mengenal pasti masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Misalnya, jika anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran bulanan selepas tempoh moratorium 6 bulan, hubungi bank anda untuk mengetahui jika tunggakan pembayaran dapat dilanjutkan (jika boleh, untuk berapa lama) atau jika anda mempunyai pilihan untuk penstrukturan semula. Kena hubungi pihak bank sekiranya kotmitmen bulanan anda dah lebih dari pendapatan bulanan anda. Dalam masa sama kita kena cari pendapatan lain kalau kita rasa kita boleh dapat atasi masalah ini seperti berniaga secara kecil kecilan melalui medium online.
- Jaga kesihatan mental dan fizikal anda. Anda harus berada dalam keadaan stabil untuk berfikir secara jelas serta dapat menjaga diri dan insan tersayang dengan baik. Masa inilah jaga pemakanan anda dengan baik.
Kekurangan nutrisi vitamin terutamanya vitamin B Complex adalah penyebab utama terjadinya stress. Kekurangan vitamin ini sebenarnya akan membawa kepada pelbagai penyakit kesihatan yang lain jika dibiarkan berlarutan.
Vitamin B Complex adalah vitamin yang paling penting untuk memastikan sistem peredaran darah dan sistem saraf kita dapat berfungsi dengan normal dan lancar. Vitamin ini dikaitkan dengan kegelisahan, keresahan, kebimbangan, fungsi metabolik, sistem imun, penghasilan tenaga dan kulit, rambut dan kuku yang sihat.
Vitamin B Complex dan stress mempunyai hubungan yang sangat rapat. Sejak dari dulu, vitamin ini membantu ramai orang untuk menghadapi tekana, stress dan kebimbangan (anxiety). Inilah sebab mengapa vitamin B Complex sangat dikenali sebagai vitamin anti-stress.
Vitamin B Complex ini terdiri daripada gabungan beberapa jenis vitamin B. Vitamin B yang berbeza mempunyai fungsi yang berbeza tetapi saling berkait di antara satu sama lain untuk melegakan stress dan menenangkan perasaan bimbang yang hadir dalam diri.
Riboflavin, niacin, asid folik, Vitamin B6 dan Vitamin B12 bertanggungjawab untuk mengawal selia fungsi normal sistem saraf dan penting untuk penghasilan neurotransmitter.
Riboflavin diperlukan dalam jumlah yang lebih tinggi untuk orang yang mengalami stress. Ia memainkan peranan paling penting untuk membantu mengatasi apa jua keadaan yang memberi tekanan.
Vitamin B2 pula membantu dalam penukaran baki vitamin B kepada bentuk yang boleh digunakan dan juga membantu dalam memperkuat sistem imun yang cenderung menjadi lemah diakibatkan kehadiran stress.
- Sentiasa positif dan amalkan sikap proaktif. Contohnya, jika anda menghadapi masalah hutang, bincang dengan pasangan, dapatkan solusi perbincangan tentang jalan untuk selesaikan komitmen yang ada, boleh juga dapatkan nasihat pakar kaunseling kewangan untuk mengetahui cara menguruskan hutang anda.
Akhir sekali , pada ketika ini serahkan segala usaha 100% kepada Tuhan dan mohon jalan untuk selesaikan masalah yang sepatutnya. Dikala inilah Allah nak menguji kita sama ada kita kuat dan ingat pada Nya dan tingkatkan ibadah kita kepada Nya.
Jangan sesekali takut untuk berniaga. Saya pun bukan salah seorang yang punya latar belakang usahawan. Saya hanyalah seorang penjawat jawatan makan gaji. Tapi disebabkan mahu keluar dari zon selesa saya mencuba, dan siapa sangka pendapatan yang saya dapat sekarang adalah hasil usaha saya di dalam membina empayar T.E.AM selama ini. Syukurlah di kala pandemik ni ramai yang sedar masa ini kesihatan itu sangat penting. Paling kurang pun kita ikhtiar untuk amalkan Vitamin C setiap hari bagi tingkatkan sistem pertahanan badan kita.
Siapa sangka dengan sebotol Vitamin C ini ramai yang dah mulakan perniagaan mereka dan kongsikan lebih ramai orang di luar sana. Anda nak berapa pendapatan sekalipun anda yang tentukan. Kak Es mulakan perniagaan Shaklee tanpa memulakan modal yang besar. Pada mulanya saya usaha kongsi lebih ramai orang tapi siapa sangka kini ramai sahaja suri rumah, bekas jurutera, pendidik,pelajar, sudah pun merasa bonus daripada Shaklee dan boleh la cover untuk income sekarang yang tidak menentu.
Oh ya, Kak Es sedang buka peluang perniagaan 10 orang untuk saya didik dan saya bantu keluar daripada zon kengkangan di kala pandemik. Yuran pendafaran hanyalah RM 35 sahaja.
Anda just klik lin di bawah untuk pendaftaran sebagai agen kami.
Untuk sebarang soalan boleh je direct wassap saya di talian seperti dalam rajah di atas.
Leave a Reply