Sebenarnya saya teringat dengan seseorang, apabila saya menulis artikel ini. Ketika itu saya sangat agresif menghantar stok susu ibu untuk anak susuan saya iaitu Khawlah Sakinah pada umurnya masih setahun lebih. Tapi, segalanya tinggal kenangan apabila anak susuan saya telah dijemput Ilahi lebih awal dari kami di sini.
Usah di tanya bagaimana dan mengapa ia meninggalkan kita, tapi segalanya adalah ketentuan Ilahi. Damailah dikau wahai ahli syurga.
Oleh itu, di sini saya bukanlah ingin menulis berkaitan dengan hal kematian Khawlah Sakinah. Akan tetapi oleh kerana artikel “Courier ebm berjaya!!” mendapat sambutan oleh para pembaca maka wajib untuk diri saya kongsikan kepada para ibu di luar sana yang ingin mengetahui bagaimana cara untuk pastikan susu ibu yang telah dibekukan boleh di courier dengan selamat untuk si comel kita. Tips ini bagus juga kepada ibu ibu yang mempunyai kerja luar dan terpaksa berjauhan dengan bayi anda. Ini kerana ramai yang tak tahu sebenarnya, hasil susu perahan boleh di bawa balik dengan selamat. Rasa membazir juga jika susu perahan itu terbuang begitu sahaja terutamanya apabila kita tidak ada idea bagaimana nak membawa pulang frozen EBM dengan selamat.
Saya masih ingat lagi pada masa saya breast feeding ketika itu budak budak ni baru je berumur dalam setahun. Oleh kerana ibu Khawlah mengalami masalah susu merudum, manakala saya pula mempunyai stok susu ibu yang melimpah ruah, maka saya dengan ikhlas memberikan susu ibu itu kepada Khawlah.
Agak buntu jugalah sebab masa itu saya berada di Labuan. Susu EBM ni perlu di terbangkan ke Tanah Semenanjung. Jadi persoalan yang bermain di fikiran kami ketika itu bagaimana pula nak pastikan susu EBM ni supaya tak rosak dan selamat di gunakan untuk Khawlah. Oh, mencabar juga tau masa itu.
Mulalah kami bertanya dengan orang sekeliling manalah tahu ada ibu ibu di luar sana mempunyai pengalaman yang sama. Tapi hampa. Ada pun tapi jaraknya tak lah sejauh jarak Laut China Selatan. Orang kata jika ais di campurkan atau ditaburkan dengan garam, maka ais itu tak mudah hancur. Tapi pastikan tempat yang di simpan itu tahan dengan suhu kesejukannya. Dan disitulah kami mempunyai beberapa idea dan alhamdulillah berjaya tau!!!
Antara tips bagaimana courier Ebm supaya tidak cair dan selamat digunakan untuk bayi anda:
1. Pastikan bekas yang digunakan tahan beku contohnya seperti polisteren di dalam gambarajah ini.
2. Susun EBM (susu ibu yang dibekukan) mengikut ruangan seperti terbaring atau menegak. Sebelum susun EBM tu lapisan bawah susunkan ais dan taburkan garam di atas ais tersebut. Dan selepas itu barulah susun EBM tadi di atas lapisan ais yang telah ditaburkan garam tadi.
3. Selepas susun satu lapisan, lapis lagi dengan ais dan taburkan garam juga. Baru susun EBM lagi.Ulang langkah ke dua sehinggalah cukup muatan. Jangan terlalu sarat sehingga tidak boleh di tutup pula. Sebab nanti kita akan susunkan ais dan taburkan garam di atas ais tadi yang terakhir sebelum tutup dengan towel good morning itu seperti rajah di atas.
Lepas itu, bungkus polisteren tadi dan pastikan ia betul betul ketat. Maaflah ni je gambar yang ada. Macam gambar di atas saya memang pack dengan menggunakan white tap yang kuat disekeliling polisteren.
Hasilnya selepas dalam masa 24 jam, ais yang di gunakan pun masih berketul lagi tau. Itulah tips untuk kekalkan daripada ais itu cair. Malah , EBM tersebut masih beku dalam 60% dan memang selamat di gunakan. Bolehlah terus letak di bahagian frozen peti sejuk rumah anda setelah terima bungkusan itu. Alhamdulillah.
Saya menggunakan pos laju. Memang kos nya mahal tapi demi permata hati kita, kita buat yang terbaik sebagai seorang ibu buat bekalan anaknya.
Perkongsian daripada Jururawat pengalaman lebih 10 tahun
Isteri sekarang susukan anak full time, someday kena simpan juga stok bila berjauhan.
Saya sangat setuju tu En Ikhwan. Macam saya kalau travel biz trips la stok susu tu amat berguna
salam,
kalau pos susu yang belum beku dari KK ke KL , boleh ke ye?
Saya kena kerja di KK selama sebulan, penat survey , tapi mcm tak pernah dibuat orang..
ada baca kalau j&t tu xboleh post liquid..
mohon bantu..
Boleh ,yang penting bekukan dan letak garam serta pastikan bungkus tebal untuk kurangkan pencairan pada susu tersebut. kalau cair 20% pun still boleh guna dan letak pada peti ais sebelah atas