Mesti anda pernah terbaca berita kanak-kanak kecil cedera akibat dihempap TV. Atau juga hingga kehilangan nyawa. Umur mereka pun baru setahun, dua tahun atau tiga tahun kan.
Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni. Yalah, TV lebih nipis dan ringan. Jadi, TV lagi senang terbalik sekiranya tidak diletakkan dengan betul.
Neurosergeon dari Hospital St Michael, Toronto berpendapat kemalangan sebegini sebenarnya dapat dijauhi.
Dan mereka mendapati ada beberapa faktor penyebab kepada kes sebegini.
Pertamanya, kerana ibu bapa masa kini membesar di dalam keadaan TV yang berat dan kukuh. Jadi, minda mereka terdidik bahawa TV bukanlah satu objek berbahaya. Dan ini terbawa-bawa hingga mereka berkeluarga. Sedangkan TV sudah melalui banyak perubahan dari segi rekabentuk.
Faktor kedua. Para penyelidik mendapati 3/4 kes adalah ketika kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa. Semasa kanak-kanak ini menonton TV.
Faktor ketiga. TV besar diletakkan di atas perabot tidak sesuai. Contohnya rak kecil. Jadi, ini membuatkan TV menjadi kurang stabil.
Antara kecederaan teruk adalah melibatkan kepala dan leher. Dan ini sering berlaku kepada kanak-kanak berumur 1-3 tahun. Jadi, selalunya pegawai perubatan akan mengambil imej otak atau lakukan pembedahan.
Kecederaan otak kanak-kanak kecil sebenarnya boleh memberi risiko jangka panjang kepada fungsi otak mereka.
Perlu diketahui juga. Hampir kesemua kes kematian kanak-kanak ini adalah disebabkan kecederaan otak.
Jadi, para penyelidik menasihatkan:
– Kedudukan TV anda adalah stabil.
– Letakkan TV di tempat yang sukar bagi kanak-kanak anda menariknya. Tempat yang boleh kurangkan risiko TV menghempap mereka.
– Sebaiknya lekatkan secara kukuh TV anda ke dinding.
– Sentiasa awasi anak-anak anda ketika mereka menonton TV.
Bersama-samalah kita pastikan keselamatan anak-anak kecil. Semoga mereka tidak menjadi sebahagian dari statistik.
Sumber asal;
http://www.reuters.com/article/2015/09/29/us-health-kids-tv-accident-idUSKCN0RT26620150929
Leave a Reply