Setelah buat survey soalan di Facebook, ramai rupanya rakan ibu ibu Kak Es yang mengalami ketidakcernaan atau pedih ulu hati apabila hamil. Dulu pun Kak Es sendiri pernah mengalaminya juga. Tapi tidak seteruk sehingga admit ke hospital. Kak Es alaminya ketika di sahkan hamil. Masa itu, memang buat pemeriksaan UPT memang sah positif.
Alhamdulillah, setakat ini berjalan lancar. Kehamilan yang ke tiga ni pula tidak merasa untuk pedih ulu hati langsung. Dengan itu Kak Es nak kongsikan dengan ibu ibu la,manatahu tips yang bakal Kak Es kongsikan ini dapat memberikan manfaat buat ibu ibu kan.
Sebenarnya ketidakcernaan atau pedih ulu hati itu merupakan gejala yang biasa dialami oleh wanita hamil. Tapi tidak semua, cuma majoriti ya akan menghadapinya. Walaupun ianya agak menyakitkan, pedih ulu hati ini adalah merupakan perkara biasa dalam tempoh kehamilan. Tetapi ia tidak membahayakan ibu dan bayi tersebut.
Kalau tengok rajah di atas, memang ibu ibu akan berasa tidak selesa. Ibu ibu selalunya akan merasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bawah tulang dada. Hal ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit. Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal di dalam badan ketika hamil.
Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot otot lembut di dalam rahim. Pakar percaya bahawa hormon ini mampu melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini yang menyebabkan asid gastrik melonjak naik ke atas melalui saluran tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.
Hormon progesteron ini pula boleh menyebabkan proses pencernaan menjadi lembap. Pada fasa terakhir kehamilan, bayi yang semakin membesar akan menolak usus dan perut sehingga ke atas dan menyebabkan proses pengosongan perut berlaku menjadi lambat serta akhirnya memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.
Akibatnya wanita yang hamil akan berasa seperti kembung, pedih ulu hati, loya dan akhirnya memuntahkan segala sisa makanan yang di makan. Kesan ketidakcernaan ini akan memberikan lebih masa kepada badan untuk menyalurkan nutrien melalui plasenta yang akan disalurkan kepada bayi dan janin.
Sebenarnya ada beberapa tips yang boleh di ambil untuk melegakan rasa kembung dan mengelakkan pedih ulu hati tersebut. Antaranya adalah duduk dalam keadaan menegak , memakai pakaian yang longgar serta selesa dan menunggu sekurang kurang satu jam selepas makan sebelum baring. Jika mahu membongkok, bengkokkan bahagian lutut dan bukannya membengkokkan pinggang. Jadi tekstur posisi badan itu sangat penting.
Pastikan memakan beberapa hidangan bukan kuantiti yang banyak tetapi kuantiti yang sedikit dan kerap. Berikan masa pada badan kita untuk makan dan kunyah sehingga benar benar hancur. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan ketidakcernaan seperti berlemak, berminyak, bergoreng, pedas, coklat dan juga jus buah buahan. Wanita hamil boleh mencatit diari pemakanan mereka untuk melihat jenis makanan yang boleh menimbulkan simtom pedih ulu hati tersebut.
Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein atau alkohol yang mana ia boleh meninggalkan kesan yang buruk terhadap ketidakcernaan.
Dilarang merokok kerana ia juga boleh memudaratkan kesihatan bayi dan boleh mengendurkan injap diantara perut dan saluran makanan. Keadaan ini menyebabkan wanita hamil lebih mudah mengalami ketidakcernaan dan pedih ulu hati.
Jika mengalami gejala ini pada waktu malam, Kak Es nasihatkan letakkan beberapa biji bantal di bahagian bawah belakang badan untuk menimbulkan keselesaan pada bahagian perut dan pinggang terutamanya.
Sebab itu keperluan nutrien memang memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan perkembangan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan dalam keadaan lebih baik. Zaman dulu, tips tradisi ketuk halia hingga hancur dan rebus buatkan sebagai air minuman untuk legakan kembung perut. Ada juga yang amalkan daun pepermint ginger itu dan amalkan sepanjang hamil selagi mereka merasa tidak selesa.
Zaman canggih serba moden ini, tidak perlu sudah. Hanya telan sahaja makanan tambahan daripada pepermint dan halia , jadi kita pun tidak merasa perit tekak untuk telan dan amalkan. InshaAllah lega sangat. Kak Es akan kongsikan untuk artikel seterusnya antara nutrien yang sepatutnya ibu hamil perlu ambil dan juga seterusnya boleh mengurangkan gejala ketidakcernaan dan pedih ulu hati ini. Stay tune ya semua.
Yang benar,
Misi Kak Esaah
Leave a Reply