Bagaimana untuk meneruskan penyusuan badan apabila kembali bekerja.
Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya.Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi. Saya akan membincangkan apa yang si ibu boleh lakukan SEBELUM kembali bekerja.
Bincangkan rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk menyusu badan.• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.
• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.
Nuha Kamilah 4 tahun dan Bouchra Amani 3 tahun berjaya menyusu susu ibu genap 2 tahun.
Anda ingin mendapat konsultasi dan nasihat penyusuan sebagai ibu berkerjaya boleh hubungi saya Pn Aisah 0176477837 atau email kepada [email protected] sama sama kita membantu misi Ibu berkerjaya berjaya menyusukan bayi susu ibu tanpa gagal. Selamat Berjuan mommies semua.
Maksudnya disarankan bg breastmilk dlm botol susu slps 6 minggu lah kan..sblum tu mst fully direct..
sebaiknya untuk melatih si bayi tersebut