Masa mengandungkan anak kedua, Bouchra, saya belajar degree separuh masa. Jadi, kenalah beberapa kali berulang alik terbang antara Labuan-Kuala Lumpur semasa hamil.
Dalam banyak-banyak kelas saya, rupanya kelas terakhir bagi semester jatuh tu pada minggu 34-35 mengandung.
Jadi, saya pun periksa polisi syarikat penerbangan bagi wanita mengandung. Untuk sektor Labuan-KL ni ada dua syarikat penerbangan saja yang beroperasi. Air Asia dan Malaysia Airlines.
Sebelum terbang saya berjumpa pegawai perubatan terlebih dahulu. Untuk dapatkan surat pengesahan daripada mereka.
Ok. Jadi masa saya check-in/daftar masuk Labuan-KL tiada masalah. Beritahu pegawai kaunter status kandungan saya dan tunjukkan surat pengesahan. Saya “clear” untuk terbang.
Link Berkaitan: Tips Ibu Hamil Kekal Tenaga
Advertisement
2 minggu kemudian, tibalah masa untuk pulang ke Labuan. Di sini timbul masalah. Rupanya tarikh penerbangan saya pulang adalah ketika kandungan mencecah 35 minggu 1 hari.
Pegawai kaunter daftar masuk tak benarkan saya untuk terbang. Kerana kandungan sudah terlebih 1 hari dari yang dibenarkan.
Setelah merayu di ticketing office KLIA, akhirnya saya dibenarkan terbang. Tapi sebelum tu saya kena tandatangan satu surat dahulu. Alhamdulillah, saya dan kandungan selamat tiba di Labuan.
Itulah kenangan saya terbang ketika hamil.
Jadi, saya kongsikan di sini beberapa tips bagi wanita hamil yang ingin terbang.
Pertama, pastikan anda kira usia kandungan dengan betul. Sekiranya tiket sehala, pastikan kandungan ketika pergi tidak melebihi usia yang ditetapkan syarikat penerbangan.
Berbeza pula tiket pergi balik. Pastikan kandungan ketika tarikh balik tidak melebihi usia yang ditetapkan syarikat penerbangan. Walaupun sehari. Jangan tiru saya. Kerana nasib anda belum tentu sama seperti saya. Hehe.
Kedua, sebelum menempah tiket, periksa dahulu polisi sesuatu syarikat penerbangan untuk wanita hamil. Samada dari laman web mereka. Atau menelefon “customer service” mereka.
Tanyakan apa saja soalan. Supaya anda jelas apa yang perlu dilakukan sebagai persediaan.
Ingat. Dalam mendapatkan informasi sebegini, menghubungi terus syarikat penerbangan adalah lebih baik daripada menghubungi ejen “ticketing” anda.
Dan setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi berbeza-beza. Ha, jangan ingat semua syarikat penerbangan sama.
Juga, jangan terkejut sekiranya wanita hamil bayi kembar mempunyai polisi berbeza.
Ketiga, jumpa pegawai perubatan untuk pastikan anda dan kandungan selamat untuk terbang. Tidak kiralah samada kehamilan anda pada trimester pertama, kedua atau ketiga.
Dapatkan juga surat pengesahan daripada pegawai perubatan. Ingat, jangan berjumpa pegawai perubatan sebarangan. Hubungi dahulu syarikat penerbangan anda. Kerana mereka mungkin hanya akan menerima surat pengesahan yang dikeluarkan hospital/klinik tertentu sahaja.
Keempat, beritahu bahawa anda mengandung kepada pegawai kaunter daftar masuk. Jangan sorok-sorok. Demi untuk keselamatan anda dan bayi di dalam kandungan.
Ia juga penting, terutamanya apabila anda perlukan bantuan semasa di udara atau di dalam terminal.
Lagipun, anda mungkin boleh mendapat layanan istimewa dari pramugari/pramugara sepanjang penerbangan.
Kelima, jangan lupa bawa buku rekod kehamilan anda. Buku ini sangat penting sekiranya anda menghadapi situasi kecemasan ketika di udara atau terminal.
Sekian perkongsian saya kali. Saya harap tips ini dapat membantu anda dalam merancang penerbangan.
Leave a Reply